Piramid Purba Ada Di China, Jepun, Indonesia, India, Itali, Peru, Mexico, Segitiga Bermuda, Bosnia etc.

Pada mulanya i nak cite pasal kajian Atlantis. Tetapi setelah membaca banyak sumber bahan bacaan, i dapati rupanya terdapat banyak piramid purba lain wujud di dunia ini selain di Mesir dan Amerika Latin. Mungkin ada yg sudah tahu, tapi bagi i yg baru tahu hal ni rasa agak mengejutkan. Paling terkejut bila tahu kat China & Indonesia pun ada piramid purba. Ada info di blog mengatakan di Malaysia pun ada piramid purba tapi kesahihan maklumat itu tidak dapat dipastikan. Kalu anda pernah menonton kartun X-Men Apocalypes kat TV, dalam kartun tu mmg ada mention China ada piramid. I ingatkan ianya hanya wujud dalam kartun jew, tp rupanya betul. Piramid purba banyak dikaitkan dengan teknologi purba kerana menyimpan satu misteri senibina yg aneh dan ramai tertanya2x kenapa ia dibina di kawasan yg berbeza di seluruh dunia. Selain itu, piramid juga dikaitkan upacara keagamaan purba dan unsur mistik. Secara ringkasnya, piramid ini adalah satu bentuk geometri yg terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yg bersambung dengan kemuncak yg sama yg membentuk segitiga atau segiempat sama. Piramid yg paling popular ialah Piramid Besar Kufu di Giza, Mesir. 

Selain piramid purba, piramid moden juga sudah banyak dibina di seluruh dunia, Malah piramid juga dikaitkan dengan agenda illuminati, freemason dan New World Order. Ada teori mengatakan Brexit  ini petanda kemusnahan New World Order. Terlampau banyak artikel barat yg mengaitkan isu Brexit ini dengan New World Order. Anda boleh google kalu mahu maklumat lanjut, Nak percaya atau tidak. Terpulang pada anda. Sama juga ngan isu illuminati. Perspektif mengenai illuminati sudah semestinya sgt berbeza antara pro illuminati dengan yg anti illuminati. Di dalam filem National Treasure & Lara Croft ada menyebut pasal isu illuminati ini dan pengikut  fahaman ini selalunya dikaitkan dgn org yg sgt bijak, kaya dan misteri. Legenda hip hop Tupac Shakur dikatakan mati kerana tak suka illuminati. Raja Pop Dunia, Micheal Jackson juga pernah dikatakan meninggal mengejut berpunca kerana mahu meninggalkan illuminati. Bagi peminat setia Britney Spears pastinya tahu yg Britney pernah jadi gila sebelum ini kerana beliau juga mahu meninggalkan illuminati. Michael Jackson ketika itu pernah tawarkan bantuan nak bantu Britney atasi masalah kemurungan dan mental breakdown beliau. Tetapi,  tak lama kemudian Michael Jackson pula tetiba meninggal mengejut atas alasan terlebih makan ubat. Pelik kan. Kalu nak memahami situasi perjalanan Britney yg berkaitan illuminati, boleh tonton muzik video Britney Spears Hold It Against Me. Bila baca komen2x kat internet, ada di antara org barat sendiri pun tak berapa suka ngan illuminati. Sebab tu, i gunakan ayat pro illuminati dan anti illuminati.

Okey, berbalik pada piramid tadi. Piramid Giza dianggarkan dibina sekitar 4000 tahun lalu dan menariknya ada lukisan kenderaan zaman moden di dlm dinding piramid seperti helikopter, kapal selam, hovercraft, dan kereta kebal. Ada pihak yg mengatakan itu semua kebetulan. Namun pendapat itu  boleh  disangkal kerana mayat Firaun yg telah diawet beribu tahun dan pembinaan piramid di luar bidang kuasa manusia itu sudah jelas menunjukkan sains dan teknologi manusia pada masa tu sudah jauh maju dan tak terjangka oleh manusia kini. Satu lagi berkaitan dgn mentol  lampu tanpa wayar di dalam piramid yg dilukis di atas dinding piramid. Unik kan. Piramid juga dikatakan sebuah loji menjana-kuasa elektrik gergasi. Ini berdasarkan struktur bahan kimia batu bata piramid yg terdiri daripada batu kapur putih tufa & granit serta konsep penebat dan konduktor elektrik di dalam proses pembinaannya.

Piramid di Mesir

Lukisan moden & tulisan Hieroglpyh

Lukisan mentol tanpa wayar

Empat piramid yg popular iaitu di Mesir, China, Peru dan Mexico mempunyai persamaan dan misteri yg pastinya menarik perhatian kepada penggemar sejarah peradaban dunia purba kala. Piramid besar Giza berada di tengah2x lokasi di antara keempat-empat piramid ini. Kesemua piramid mempunyai mumia di dalamnya, tulisan Hieroglyph yg mempunyai signal tertentu, teknik binaan tahan gempa bumi, dan penggunaan kaedah astronomi di dalam proses binaannya. Malah, bentuk susunan bongkah yg sama di semua piramid ini juga mewujudkan satu teori iaitu  semua piramid ini dibina oleh sekelompok org yg sama. 

Lokasi piramid Peru. Mexico, Mesir dan China

Piramid di Peru

Great Pyramid of Cholula di Mexico

Piramid di Giza, Mesir.

Piramid Hsien-Yang di China

Adakah  tamadun dulu sgt maju dan lebih moden daripada  sekarang telah hilang disebabkan oleh bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tornado, atau hempasan meteor dari langit. Di saat Atlantis mahu berperang ngan Athen, Atlantis telah dilanda banjir besar sehingga menyebabkan tamadun Atlantis ini hilang dan tenggelam ke bawah dasar laut. Bagaimana pula dengan Dinosaur? Tahukah anda yg lipas adalah spesies yg survive sejak zaman Dinasour lagi dan tak banyak berubah selepas itu. Ini bermakna lipas ni dah wujud berjuta2x tahun lalu. Maybe topik akan datang boleh dibincangkan. 

Piramid Cestius di Rome, Itali

Piramid di Thanjavur, India

Piramid Borobudur di Indonesia

Candi Sukuh di Indonesia

Piramid Matahari di Mexico

Piramid Bulan di Mexico

Piramid di Greece

Piramid di Iran

Makam bentuk Piramid di China

Piramid di Kemboja

Piramid di Sepanyol

 Piramid Moden di Subang Jaya Malaysia

Piramid di dasar lautan Segitiga Bermuda


Piramid Monumen Yonaguni di Jepun

Piramid  di Bosnia

Piramid Moden di Perancis

Jika ingin melihat dan merasai suasana ketika berada di kawasan piramid Mesir secara maya, boleh klik link di bawah dan klik Launch Interactive.
Klik sini --> Piramid Mesir

Source : Rahsia Piramid
Source : Piramid China


Source : World Pyramid

19 comments:

  1. Menarik piramid ni... Byk info untuk pegetahuan...

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  2. Wah.. Hebat .. Dah macam Nonton discovery channel pun ada ni.. Hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Discovery channel versi simple. hihi.. :D

      Delete
  4. zaman dulu arkitek dia macam mnalah diorang buatkan...
    memang bijak diorang boleh buat tinggi2...kukuh pulak tu
    ermm blas kunjungan dan klik iklan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat kan dorg. kagum ngan dorg. terima kasih atas kunjungan balas dan klik iklan. sy sgt menghargainya. :D

      Delete
  5. cantiknya, pyramid. kenapa tak boleh nak follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah cantik kan piramid.Tak bleh nak follow? i x pasti kak. maybe ada temporary error kut kak. Cer akak try sekali lagi.hihi. terima kasih singgah kak. :)

      Delete
  6. Baru tau jgk sal piramid ni. Betullah kat malaysia pun ada piramid jgk. Sunway piramid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Terima kasih sudi baca. :) Kat Malaysia pun ada juga tetapi buatan moden punya iaitu Sunway Piramid. Ada rumours kata ada juga piramid purba di Malaysia tetapi tidak dapat disahkan kesahihan berita. huhu.

      Delete
  7. Replies
    1. Hai, terima kasih sudi baca juga. :). Aah mmg banyak piramid ada kat dunia ini. Misteri yg sukar dirungkai dan masih menjadi misteri dunia. huhu.

      Delete
  8. Replies
    1. Aah kak. Boleh kata hampir seluruh dunia ada piramid ni. terima kasih sudi singgah kak. hihi. :D

      Delete

Powered by Blogger.