Tahniah Datuk Lei Chong Wei, V Shem, Wee Kiong, Peng Soon, Liu Ying, Azizulhasni, Pandelela & Jun Hoong.

Datuk Lei Chong Wei telah berjaya mengharumkan nama Malaysia  apabila memenangi Perak buat kali ketiga di temasya sukan Olimpik  dan kali ketiga ini ialah di Olimpik Rio Brazil 2016. Kehebatan dan ketabahan Datuk Lei Chong Wei sepanjang perlawanan badminton di Olimpik Rio telah membuatkan rakyat Malaysia kagum dan terharu dengan kesungguhan beliau yg sentiasa mahukan yg terbaik utk Malaysia. Pujian dan sokongan tanpa henti kepada Datuk Lei Chong Wei di media sosial menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa menghargai segala pengorbanan yg telah dilakukan oleh Datuk selama ini. 

Lebih manis lagi, temasya Olimpik kali ini merupakan temasya Olimpik paling banyak pingat pernah dimenangi oleh Malaysia iaitu sebanyak 4 Perak & 1 Gangsa. 3 pingat Perak  adalah daripada pasangan beregu lelaki badminton No.1 Malaysia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, beregu campuran badminton No.1 Malaysia. Chan Peng Soon & Goh Liu Ying,  dan pasangan terjun berirama wanita No.1 Malaysia, Pandelela Rinong & Cheong Jun Hoong. Manakala, pingat Gangsa pula dihadiahkan oleh pelumba basikal trek No.1 Malaysia iaitu Azizulhasni Awang. Kesemua mereka ini sebenarnya telah mencipta sejarah tersendiri kerana masing2x adalah pemenang pingat pertama kali utk acara masing2x utk Malaysia di sukan Olimpik ini dan pastinya nama mereka sudah tercatat di dalam sejarah kesukanan negara kita. Tahniah dan rasa terharu di atas kejayaan mereka semua ini. Rakyat Malaysia sgt bangga dengan anda semua.:)

Temasya sukan kali ini juga merupakan medan atau platform utk semua rakyat Malaysia menunjukkan semangat bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam memberikan sokongan kepada semua atlet Malaysia bertanding demi memastikan kejayaan milik Malaysia. Sikap bersatu padu sebegini akan mengeratkan lagi semangat silaturahim antara semua rakyat Malaysia dan menguatkan lagi semangat patriotik di dalam diri kita semua.

Kejayaan mereka ini memberikan satu semangat yg Malaysia Boleh!!! dan boleh menjadi contoh bakal2x kepada para atlet akan datang untuk mengecapi kejayaan yg sama pada masa akan datang. Ucapan tahniah yang tidak terhingga kepada semua wirawan/wirawati Malaysia ini dan kita doakan semoga mereka akan lebih berjaya di masa akan datang. Tahniah para atlet dan rakyat Malaysia. Malaysia Boleh!!!

Tahniah 
Datuk Lei Chong Wei

Tahniah
Cheong Jun Hoong & Pandelela Rinong

Tahniah
Azizulhasni Awang

Tahniah 
Goh Liu Ying & Chan Peng Soon

Tahniah
Goh  V Shem & Tan Wee Kiong

Tahniah
Datuk Lee Chong Wei

Tahniah 
Datuk Lei Chong Wei

Tahniah
Datuk Lei Chong Wei

Kredit Gambar : Google Imej.

6 comments:

  1. tahniah jugak la kepada beliau, walaupun sedikit terkilan, pasal kempunan nak merasa pingat emas.. juga rasa kecewa, pasal lagu negaraku tak kesampaian untuk berkumandang di temasya olimpik rio de janeiro 2016.. hussssh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah bro yus. huhu. cmner pun, tahniah kepada mereka semua kerana mereka sudah berusaha yg terbaik utk kita semua. takpela, nak wat cmner, takde rezeki lagi. kita redha, terima dan hargai momen kemenangan dan pencapaian mereka ini. Malaysia Boleh !!! :D

      Delete
  2. Replies
    1. Hai Hafizboten, terima kasih sudi singgah. Tahniah dlcw juga. :D

      Delete
  3. berat mata memandang. berat lagi bahu memikul.

    Terima kasih Dato' Lee Chong Wei.

    ReplyDelete
  4. betul tu. kita doakan terbaik utk mereka. terima kasih sudi singgah. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.