Britney Spears #1 di Carta iTunes Malaysia 2016

Ikon Pop Dunia, Britney Spears telah muncul dengan single terbaru beliau bertajuk Make Me.. Ooh feat G Eazy. Menariknya lagu ini  telah berjaya berada di tangga teratas di banyak negara di dunia ini termasuk Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Brazil, Perancis dan banyak lagi. Fenomena mengejut oleh Britney Spears ini telah membuktikan yg beliau adalah Ikon Pop Dunia yg unggul dan popular dalam jangka masa yg sgt panjang. Tindakan Katy Perry mengeluarkan single terbaru beliau bertajuk Rise secara mengejut pada hari tarikh sama Britney keluarkan single terbaru beliau seolah-olah nak menunjukkan beliau nak kalahkan Britney. Ini bukan perkara baru kerana Katy Perry pernah melakukan perkara sama kepada Lady Gaga pada tahun 2013.  Pada masa itu, Katy telah berjaya kalahkan Gaga dengan single beliau bertajuk Roar. Namun, berbeza kali ini kerana Britney Spears telah berjaya kalahkan Katy Perry kerana lagu Britney berjaya menjadi juara carta utk 55 negara ketika ini. Malah, jualan single Britney di Amerika jauh meninggalkan jualan single Katy. Beberapa jam tadi, Katy Perry wat kejutan lagi dengan keluarkan muzik video lagu Rise, Walau bagaimanapun, kedudukan teratas Britney tetap kekal dan jualan single Britney tetap laris kalahkan single Katy Perry. Tahniah Britney Spears.
#MakeMe #BritneyArmy

Britney Spears #1 di 55 negara


Lagu Britney No.1 di Carta iTunes Malaysia


Video Audio Lagu Terbaru Britney Spears




2 comments:

Powered by Blogger.