30 Lagu Hari Raya Paling Popular di Malaysia

Lagu raya mmg tak dapat dipisahkan bila tibanya hari raya puasa. Terdapat banyak lagu yang telah dihasilkan sejak zaman 1950 an sampailah tahun 2016. Ada yg lagu jadi evergreen dan ada juga lagu yg sebaliknya. Okeylah, bagi menambahkan kemeriahan bulan ramadan dan bakal meraikan hari raya puasa pada bulan depan, jom kita tgk lagu raya mana yg memberikan impak besar dan popular sepanjang zaman yg menjadi lagu kegemaran rakyat Malaysia bila setiap kali tibanya bulan mulia ini. Jom uolls.

01. Allahyarhamah Biduanita Negara Puan Sri Saloma - Selamat Hari Raya (1955/1973)
Lagu ni mmg layak duk no.1 sebab lagu niey adalah lagu raya paling popular dan boleh kata hampir semua rakyat Malaysia tahu lagu ini. Ada dua versi lagu ni, satu versi tahun 1955 dan satu lagi rakaman semula tahun 1973. Lagu ini ciptaan Ahmad Jaafar dan merupakan lagu dalam filem Selamat Hari Raya arahan Datuk L.Krishan. Lagu ni layak dinobatkan sebagai lagu ikon raya dan lagu popular sepanjang zaman.

Selamat Hari Raya versi 1973
Source : zeelando YouTube Channel

Selamat Hari Raya versi 1955
Source : kcselambe YouTube Channel

02. Allahyarham Seniman & Biduan Negara Tan Sri P.Ramlee - Dendang Perantau/Suara Takbir (195x)
Ikon hiburan Malaysia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sememangnya mempunyai banyak lagu popular malar segar termasuklah lagu raya, Lagu Dendang Perantau dan Suara Takbir mmg lagu yg sgt popular terutamanya bagi org bekerja di perauntauan. Dengan muzik yg penuh klasik dan shahdu, pastinya membuai perasaan kepada sesape sahaja yg mendengar melodi dan lirik lagu ni. Lagu Dendang Perantau dan Suara Takbir ini merupakan ciptaan P.Ramlee dan lirik oleh S.Sudarmaji. 


Dendang Perantau

Suara Takbir
Source : Hari raya You Tube Channel

03.Allayaharham Datuk Ahmad Jais - Selamat Hari Raya (1969)
Lagu ciptaan P.Ramlee dan lirik Jamil Sulong ini mmg lagu raya yg sgt best dan mencerminkan kemeriahan hari raya. Dengan suara lunak penyanyi legenda Allahyarham Biduan  Datuk Ahmad Jais membuatkan lagu ni sgt mahal dan klasik sepanjang zaman. 

Selamat Hari Raya
Source : lan5491lan You Tube Channel

04. Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini - Suasana Hari Raya (1977)
 / Nostalgia Aidilfitri (1996)
Ikon Penghibur ini sememangnya legend kerana mempunyai lagu raya yg berbeza era dan semuanya sgt popular. Lagu Suasana Hari Raya ciptaan Akbar Nawab dan lirik Sharifah Aini ini mmg lagu evergreen sejak tahun 1977.Pada tahun 1996 muncul pula lagu malar segar baru ciptaan Pak Ngah berjudul Nostalgia Aidilfitri dan fenomena lagu ni terus bertahan sekarang kini. Bila dgr jew intro kedua2x lagu niey, semua dah tahu lagu raya penghibur legenda Malaysia.

Suasana Hari Raya
Source : hackerkl You Tube Channel

Nostalgia Aidilfitri
Source : aryzma You Tube Channel

05. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Di Hari Raya (1977)
Pasangan duet legenda sejak era 70 an mmg sgt terkenal dengan lagu popular duet mereka terutamanya lagu raya ini. Suara penyanyi legenda Uji Rashid & Hail Amir yg lemak merdu tiada tandingan ini sememangnya berada di dlm kelasnya tersendiri. Bila dgr lagu ni rasa badan pun hendak menari sekali. Lagu ini adalah ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan lirik ciptaan Erna.

Seloka Di Hari Raya
Source : SuperNoksz You Tube Channel

06. Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad - Dari Jauh Ku Pohon Kemaafan (1981) / 
Selamat Hari Raya (1988) / Balik Kampung (1984)
Penghibur legenda ini juga mempunyai banyak lagu raya popular. Antaranya ialah lagu penuh syahdu Dari Jauh Ku Pohon Kemaafan ciptaan S.Atan dan Selamat Hari Raya ciptaan Sudirman sendiri. Kedua-dua lagu ni mmg lagu signature utk ikon negara ini dan kekal popular sehingga kini. Lirik lagu yg sgt puitis pastinya membuatkan pendengar lagu ni tersentuh dan mengimbau kenangan raya. Tidak ketinggalan, lagu balik kampung yg asalnya bukan lagu raya tapi telah dijadikan lagu raya kerana tema lagu yg sgt sesuai utk warga kota balik kampung ketika di hari raya menjelma. Lagu ni ciptaan sepenuhnya Sudirman dr album Lagu Dari  Sebuah Bilik.

Dari Jauh Ku Pohon Kemaafan

Selamat Hari Raya

Balik Kampung
Source : Datuk Sudirman Hj Arshad You Tube Channel

07. Allahyarhamah Fazidah Joned - Selamat Hari Raya (1964)
Penyanyi legenda era 60 an ni mmg terkenal dengan lagu irama pop 60 an dan lagu raya beliau merupakan antara lagu raya yg awal dan  masih popular sehingga kini. Irama lagu raya ini  jelas menunjukkan lagu ni zaman 60 an tapi tetap relevan sehingga zaman kini. Lagu ciptaan Kassim Masdor dan lirik oleh Jins Shamsudin ini mmg best dan unik.

Selamat Hari Raya
Source : rizalkamarudin You Tube Channel

08. Datuk DJ Dave - Menjelang Hari Raya (1977)
Penyanyi legenda 70 an ini mmg terkenal dengan lagu melayu hindustan yg merdu dan shahdu. Lagu raya DJ Dave ni antara lagu raya yg ceria dgn muzik zaman 70 an. Lagu ini ciptaan S.Atan dan lirik oleh Kamali Hudi,

Menjelang Hari Raya
Source : aryzma You Tube Channel

09. Sanisah Huri - Aidilfitri (1973) / Bersabarlah Sayang (1972)
Penyanyi legenda era 60/70 an ini adalah penyanyi wanita Top 6 paling popular tahun 70 an bersama dengan Sharifah Aini, Anita Sarawak, Uji Rashid, Rafeah Buang dan Saloma. Dua lagu raya beliau yg menjadi signature raya song beliau ni mmg sgt terkenal di Malaysia dan Singapura. Lagu Aidilfitri ciptaan Zubir Said dan lirik oleh Yusnof Ef sebenarnya nyanyian asal Nona Asiah dan Kamsani era 50 an tapi dirakam semula oleh Sanisah Huri. Lagu Bersabaralah sayang pula adalah Kassim Masdor dan lirik oleh Taj Mahal.

Aidilfitri
Source: Azmi Leman You Tube Channel

Bersabarlah Sayang
Source : rowlle  You Tube Channel

10. Anuar Zain & Ellina - Suasana Di Hari Raya (1985)
Sebelum Anuar Zain menjadi Raja R&B Malaysia, Anuar Zain adalah penyanyi duet popular tahun 80 an bersama dengan  Ellina. Ingat lagu Kain Pelikat la la la. Ni lagu peberet iools masa kecik. hihi. Lagu duet ini merupakan antara lagu duet raya yg sgt popular sejak ia diterbitkan sehinggalah kini. Lagu ni ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Habsah Hassan.

Source : viaz You Tube Channel

11. Azlina Aziz  - Indahnya Beraya Di Desa (1989) 
(Ciptaan S.Atan/Fauzan Uda Ahmad)

Source : Supernoksz You Tube Channel

12. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya (1988) 
(Ciptaan Fauzi Marzuki/Habsah Hassan)

Source : Jom Karoeke You Tube Channel

13. Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema (1972) 
(Ciptaan Kassim Masdor / Rafeah Buang )

Source : abgcantik You Tube Channel

14. Aishah - Pulanglah (1991)
(Ciptaan Adam Ahmad / Aishah)

Source : Msmasimaro's  You Tube Channel

15. Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti (1981)
(Ciptaan Omar Taib / A.S.)

Source : AhmadPG Latif You Tube Channel

16. Junainah M.Amin - Suasana Riang Di Hari Raya (1973)
(Ciptaan Kassim Masdor /Yusnof Ef)

Source : Azmi Leman You Tube Channel

17. Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri (1981)
(Ciptaan S.Atan / Haron Abdul Majid)

Source : Mrlaguraya You Tube Channel

18. Datuk M.Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya (1981) / Rakaman Semula 1994
(Ciptaan M.Nasir)


Source : azroypramlee You Tube Channel

19. Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya (1981)
(Ciptaan Syed Haron)

Source : abgcantik You Tube Channel

20. Dato Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (1998) / Nazam Lebaran (2001)
(Ciptaan Pak Ngah / Nurul Asyiqin)


Source : Zaif Loo You Tube Channel

Source : azroypramlee You Tube Channel

21. Ziana Zain - Indah Di Hari Raya (1996) / Halaman Asmara duet Awie (1994)
(Indah Di Hari Raya ciptaan Khalil Shariff) / Halaman Asmara ciptaan M.Nasir)

Source : Azroypramlee You Tube Channel 

Source : budakpendekk You Tube Channel

22. Ramlah Ram - Hari Raya Hari Bahagia (1994) / Selamat Hari Lebaran (1995) / Cahaya Aidlifitri (1995)

Source : rizalkamaruddin

Source : lan5491lan You Tube Channel

Source : azroypramlee You Tube Channel

23.Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda (1994 - Rakaman Semula)
(Ciptaan Amir Abd Karim)

Source : Wak Dogol You Tube Channel

24. Awie - Raya Yang Sempurna (1994) 
Satu2xnya lagu raya rock yg betul2x best. 

Source : AhmadPG Latif You Tube Channel

25. Amy Mastura - Setahun Sekali (1998) 
(Ciptaan Fauzi Marzuki / Amran Omar) 
Satu2x nya lagu raya pop rancak yg betul2x best. 

Source : Hadi Irfan You Tube Channel

26. Sony/BMG Artist - Warna Warni Aidilfitri (1998)

Source : Pendekar Sau You Tube Channel 

27. Ning Baizura - Joget Aidilfitri (1993)

Source : Mrlaguraya You Tube Channel

28. Datuk Jamal Abdillah & Saleem - Lambaian Aidilfitri (1994)
(Ciptaan Razman / T.J/ Ruslan Mamat)

Source : Mohd Rizal Jemain You Tube Channel

29. Raihan, Nowseeheart, Ajai, Rem - Lebaran Ini (1999)
(Ciptaan Mujahid /Jeff)


30. Elite - Di Pagi Aidilfitri (1998)
(Ciptaan KRU)
Source : AhmadPG Latiff You Tube Channel

Actually ada banyak lagi lagu raya lain macam lagu Musafir di Hari Raya etc. Tapi rasanya cukup kut 30 ++ lagu kan uolls. Sebelum tu, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada artis legenda yg sudah meninggalkan kita semua sebelum ni. Semoga semua arwah dicucuri rahmat dan diberkati Allah SWT. InsyaAllah. Amin. Okey la, selamat berpuasa dan selamat hari raya semua. :).

No comments:

Powered by Blogger.