Akademi Fantasia 2016 : Ulasan Konsert AF Minggu Pertama



Konsert Akademi Fantasia kembali lagi tahun ini. Bila sebut AF, pasti peminat tertunggu2x apakah kejutan yg ingin disampaikan oleh pihak AF kali ini. Mmg diakui AF sebelum ini telah berjaya menghasilkan ramai artis popular dan berkualiti seperti Hafiz, Stacy, Akim, Aizat, Adira etc. Ianya sekaligus mengubah corak kehidupan mereka daripada orang biasa kepada selebriti popular yg mempunyai ramai peminat. Utk edisi tahun 2015, Syamel yg merupakan Naib Juara AF 2015 telah meletop dengan lagu beliau berjudul Hidup Dalam Mati. Manakala Juara AF 2015 Sufi pula berjaya memenangi Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2015. Oleh itu, adakah edisi 2016 ini akan turut melahirkan artis berkualiti dan popular seperti AF sebelum ini? Sama2x lah kita saksikan sehingga penghujung musim AF ini nanti. 

Antara kejutan yg ditunggu oleh peminat AF ialah siapakah tenaga pengajar, pengetua, juri tetap dan pengacara AF utk edisi kali ini? Berikut ialah jawapan kepada soalan di atas.

Pengetua AF 2016 : Dato' Shake 
Pengarah Seni Muzik : Edry KRU
Guru Vokal : Cikgu Shahrul
Guru Tarian : Linda Jasmine
Guru Seni Persembahan : Ellie Suriaty
Guru Persembahan Vokal : Mas Idayu
Pengacara : Zizan Razak / Alif Satar 
Pengacara Diari AF : Dahlia Sazwan, Bazeman Huzir & CK Faizal
Juri Tetap : Datuk  Ramli MS / Dato' AC Mizal 

Pentas Konsert AF 2016
Setiap tahun mmg pentas konsert AF adalah berbeza2x dan menarik. Utk semua musim, bagi i pentas AF 2014 adalah paling terbaik dan unik. Kedua terbaik ialah pentas AF 2007. Pentas AF 2016 cantik juga.

Tarian Pengenalan Lagu Menuju Puncak Di  Konsert Pertama AF 
Sejak AF 2013, boleh dikatakan tarian semua peserta AF makin lama makin best dan menarik. I rasa tarian pengenalan lagu Menuju Puncak AF 2016 paling bagus antara semua tarian pengenalan lagu ini di semua musim AF. Walaupun tarian mereka tidak synchronized dan sharp, tapi gerakan kompleks dan energetik di awal konsert sememangnya akan memberikan bayangan bahawa konsert AF pada minggu itu akan hebat dan menghiburkan.




01. RAIS
Umur : 22 tahun
Asal : Selangor
Profesion : Pelajar jurusan Kimia Gunaan
Tagline : Cantik Siked
Lagu Minggu Pertama : Inspirasi - Hafiz/Faizal Tahir
Komen :
I rasa I suka vokal Rais. Vokal Rais sesuai nyanyi lagu Pop. Maybe Rais boleh jadikan Aizat sebagai idola sebab suara Rais ala ala type suara Aizat. Jenis muzik easy listening. Di Filipina, ada sorg penyanyi yg juga pelakon dan pengacara popular mempunyai karekter dan gaya vokal  seperti Rais. Namanya Alden Richard. Gaya vokal dan karekter mereka hampir sama dan ini menunjukkan Rais ada kualiti seorg bintang.


Rais



02. AMIR
Umur : 20 tahun
Asal : Selangor
Tagline : Eh Senyumlah La Sikit
Profession : Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik
Lagu Minggu Pertama : Obses - Akim & The Masjistret
Komen :
Persembahan Amir mmg bagus dan menarik. Baring sambil menyanyi di awal persembahan mmg bagus kerana akan menarik perhatian penonton. Just bila tang high note tu, bunyi terlalu ketara ikut style nyanyian Akim. Tapi yg pastinya ada fire dalam persembahan Amir di konsert tadi. Ini menunjukkan yg Amir serius mahu jadi penghibur yg disegani. 


Amir



03. ISA
Umur : 23 tahun
Asal : Selangor 
Profession : Model
Tagline : Langgar Je
Lagu Minggu Pertama : Terakhir - Sufian Suhaimi
Komen :
Isa ada pontensi utk jadi da next star. Pakej mmg dah cukup semua. Persembahan tadi boleh dikatakan play safe. Seperti dimaklumkan di konsert tadi, Isa kurang sihat.  Hope Isa cepat sembuh dan dapat mempersembahkan sesuatu di luar jangkaan di konsert minggu hadapan. Lagipun Isa ada potensi besar utk pergi jauh dalam industri hiburan ini.

Isa



04. ZAROL
Umur : 24 tahun
Asal : Johor 
Tagline: Chill La
Lagu Minggu Pertama : Dikoyak Waktu - Ronnie
Komen :
Vokal Zarol sgt sesuai utk lagu Pop R&B & Pop Etnik. Nyanyian tadi sedap. Boleh dikatakan vokal peserta lelaki  terbaik malam ini bersama dengan Halmy. Juz persembahan macam terlalu berhati2x di atas pentas. Kalau minggu depan Zarol dapat lagu rancak, pasti akan nampak satu transisi berbeza dari segi vokal Zarol nanti. 



Zarol



05. HALMY
Umur : 23 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Profesion : Penari & Pelakon Teater
Tagline : Better ?
Lagu Minggu Pertama : Takkan Pergi - Hyperact
Komen :
Suara Halmy mmg gemersik. Vokal Halmy mmg best tadi. Rasanya vokal Halmy adalah terbaik antara peserta lelaki pada konsert kali ini bersama dengan Zarol. Just dari segi persembahan agak predictable tapi tetap menghiburkan. 



 
Halmy



06. AMAL
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Profession : Pemuzik (Buskerz)
Tagline : Empphh Love
Lagu Minggu Pertama : Di Amaran Mama - Hazama
Komen :
Suara paling unik sekali utk AF kali ini. Amal juga mempunyai karekter yg unik dan ada style tersendiri. Tak sabar nak tgk Amal nyanyi lagu konsep lain di minggu hadapan. 



Amal



07. IKRAM 
Umur : 26 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Profession : Pemuzik.
Tagline : Lain Matciam La
Lagu Minggu Pertama : Sejati - Faizal Tahir 
Komen : 
Persembahan Ikram tadi okey juz Ikram kena cari X-Factor dalam persembahan. Dari segi vokal, Ikram duduk dalam zon sama dengan Rais. Kalu Iqram dapat buat sesuatu yg berbeza ketika persembahan, pastinya Ikram akan mendapat perhatian lebih daripada para peminat AF nanti. 



Ikram



08. AFI
Umur : 23 tahun
Asal : Sabah
Profession : Freelance Performer
Tagline : Sabar La Beb
Lagu Minggu Pertama : Percayalah - Indah Ruhaila
Komen :
Afi boleh menari dengan sgt baik. Plus, Afi juga mempunyai vokal lantang dan merdu. Afi boleh dikatakan bakal penghibur sejati kerana nampak keikhlasan beliau ketika membuat persembahan tadi.


Afi



09. ARA
Umur : 19 tahun
Asal : Negeri Sembilan
Profession : Jurujual
Tagline : Ara Squad
Lagu Minggu Pertama : Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo
Komen :
Ara mempunyai vokal lantang dan tinggi berbanding peserta AF lain. Orang Malaysia mmg suka kalu ada penyanyi boleh tarik nada tinggi ini. Lagu Mojo sgt susah sebenarnya tapi Ara berjaya mempersembahkan mengikut style Ara sendiri. Vokal Ara mmg power la tadi even ada sikit tergelincir but still power. Bila tgk Ara menyanyi, teringat cara nyanyian Adira. 
Ara



10. ASHA
Umur : 20 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Profession : Pembantu Tadbir
Tagline : Omey Nye
Lagu Minggu Pertama : Mohon Kasih - Tan Sri SM Salim
Komen :
Vokal Asha mmg merdu dan sesuai dengan lagu irama traditional ini. I yakin Asha boleh menyanyi genre lain dengan baik juga. Kalu Asha ada menari ckit tarian traditional tadi pastinya persembahan lebih menarik. Tadi ada ckit mirip suara ala ala Dato' Siti Nurhaliza. 
Asha



11. JASPER
Umur : 23 tahun
Asal : Johor
Profession : Pelajar
Tagline : Rauummm
Lagu Minggu Pertama : Tetap Dalam Jiwa - Isyana Sarasvati
Komen :
Bila dengar suara Jasper, i teringat penyanyi Atilia. Juz bezanya Jasper boleh tarik nada tinggi. I hope Jasper dapat lagu mencabar minggu depan bagi memberikan kepelbagaian persembahan Jasper nanti. 
Jasper



12. RESHMA
Umur : 18 tahun
Asal : Selangor
Profession : Pelajar
Tagline : Boleh Bolehlah
Lagu Minggu Pertama : Goyang Inul - Inul Daratista
Komen :
Persembahan terbaik minggu ini ialah Reshma. Tarian gelekan mmg kena dengan tempo muzik dan sgt menghiburkan. Dari segi nyanyian, Reshma membawakan lagu dangdut mengikut style tersendiri dan menarik. For me, dangdut Reshma is good.

Reshma



13. RAHILA
Umur : 20 tahun
Asal : Singapura
Profession : Jururawat
Tagline : Takmo Bedek
Lagu Minggu Pertama : Sudahku Tahu - Projector Band
Komen :
Rahila duduk dalam zon sama dengan Ikram. Persembahan tadi okey juz Rahila pun kena cari X-Factor dalam persembahan agar peminat sentiasa ingat Rahila. Seperti Ara, Rahila juga memilih lagu lelaki. Kalau Rahila menyanyi Kpop dance, pastinya akan memberikan impak besar pada persembahan Rahila nanti. 

Rahila



14. RIANA
Umur : 26 tahun
Asal : Pahang 
Profession : Eksekutif Perhubungan Awam
Tagline : Moh La Weh 
Lagu Minggu Pertama : Tak Tercapai Akalmu - Elyana
Komen :
Peserta paling cantik utk musim ini ialah Riana. Tadi diakui Riana mmg salah masuk lagu di tengah2x persembahan. Tapi persembahan Riana tetap menghiburkan. I rasa Riana ada potensi utk jadi pelakon & pengacara popular. 


Riana



Kesimpulan : 
Konsert Minggu Pertama boleh dikatakan menghiburkan. Just elemen kejutan tidak menjadi walaupun hampir semua peminat AF tak jangka Dato Shake jadi pengetua, Dato' AC Mizal juri tetap dan Alif Satar jadi pengacara bersama. Persembahan peserta pula yg terbaik adalah Reshma. Mmg sgt kena Reshma diletakkan peserta terakhir kerana berjaya memeriahkan dewan konsert dengan persembahan bertenaga beliau. Kalu vokal pula, i pilih Zarol, Halmy dan Ara terbaik malam ini. Keseluruhan konsert AF malam ini ialah 5/10.

P/S : Ini hanyalah pendapat peribadi sebagai peminat seni hiburan tanahair. Jom kita saksikan konsert kedua minggu dan undilah peserta pilihan anda. :) 




Kredit Gambar : Astro Gempak Akademi Fantasia 2016


21 comments:

  1. singgah petang...
    mlm td tertengok juga..sbb terlupa..
    dah start upernya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam singgah petang kak. terima kasih sudi singgah. aah kak. Af dah start dah. hihi. :D

      Delete
  2. Ramai Ramai tu, aku cuma suka pada dato shake jer.. Legend dulu dulu beliau ni.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai bro yus. hihihi. dato shake legend 80's niey. terbaik la bro. hihi. :D

      Delete
  3. Replies
    1. Oh, ada 14 org semua. xpe nanti mesti ada ulangan af. huhu. terima kasih sudi singgah. :)

      Delete
  4. Gamma in the house.. Jom Leo kita ke blog yusrina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro. hihi. nanti i singgah. sowiee lama tak online. peace yaww bro. :D

      Delete
  5. Replies
    1. best juga.. jom tgk diari dan konsert af. hihi. terima kasih sudi singgah. :D

      Delete
  6. laa.. zarol da femes kot.. asal masuk AF lagik.. hee~ kalau terus bikin album macam khai bahar tu tak bleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah zarol dah peymes tapi dalam diari dan konsert zarol langsung tak menonjol. huhu. btw, terima kasih singgah. :D

      Delete
  7. Quiet Riot in the house bro.. Jom ke blog yusrina sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro yusrina... i akan melawat blog bro nanti. tq so much for th info. hihi. :D

      Delete
  8. iklim entry terkini di blog yusrina

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey bro. sorry i lama menghilang.nanti i akan lawat blog bro. :)

      Delete
  9. QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE

    ReplyDelete
  10. 3 perkara penting tentang Doktor haiwan yang harus anda pelajari.

    Sambung Belajar di luar negara dengan pengajian doktor.

    hala tuju lepas spm bagi pelajar jurusan sains

    ReplyDelete

Powered by Blogger.