Perpustakaan Awam Paling Cantik & Moden di Malaysia

Kalau di Universiti, Perpustakaan  Akademik adalah ibarat jantung universiti. Maka boleh kita simpulkan Perpustakaan Awam ni adalah jantung masyarakat kita. Secara umumnya, fungsi perpustakaan adalah menjadi tempat masyarakat atau pengguna perpustakaan utk mencari bahan maklumat, menambah ilmu pengetahuan dan sewaktu dengannya. Actually, iollls impress gilew ngan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Seksyen 13 Shah Alam Selangor kerana menjadi perpustakaan awam yg sgt cantik, urban, facilities unik dan mesra pengguna. Iollls pergi library ni pada tahun 2012 dan skang ia tetap maintain cantik sampai skang. Jom kita tgk apa keunikan perpustakaan niey uollls.


Ruang Bacaan Perpustakaan Menarik, Selesa dan Unik
Target audience utk pengguna perpustakaan mmg betul2x meliputi semua level masyarakat daripada kanak2x, remaja, dewasa dan rujukan ilmiah. Iollls paling suka ruang study ala kat rumah dengan sofanya, pokok besar yg pasti menarik perhatian kanak2x utk datang library, kerusi futuristik,ada eskalator, ada lif, signage senang utk difahami dan banyak lagi uoolls. Nak baca sambil meniarap, sambil baring, semua pun boleh uolls. Iolls selalu gak dtg sini wat asignment ngan member dulu uolls, Yes, mmg selesa sangat. Hihi. 







Tak Perlu Pakai Kasut/Sandal Nak Masuk Ke Dalam Library
Masa 1st time iolls datang ke library, iollls terkejut yg pengguna kena buka kasut/sandal utk masuk ke ruang perpustakaan dan simpan dalam beg kasut yang disediakan. To be honest, rasa betul2x selesa bila bergerak tanpa kasut dalam library. 

Signage utk simpan kasut/sandal

 Mini Gymnasium
Kalau nak datang exercise pun boleh, Mini gymnasium ni mmg sesuai utk exercise light light jew bagi menyegarkan badan. Kalu walk in kena caj RM5 utk 3 jam. Selain tu ada juga Shower Room, Locker Room dan Changing Room utk pengguna gym.

Pic from PPAS website. 


Teater XD 6D/3D
Rasanya library ni jew yang ada teater 6D dan 3D sekali. Iollls pernah tgk teater 6D masa lawatan kerja tahun 2012 dulu. Siyes, mmg best gileww. Rasa macam real pun ada. Dengan kerusi teater bergerak sekali dengan bunyi effect khas superb, mmg best la uollls. 

Teater 6D


Teater 3D


Multimedia, Soket & WiFi 
Ni mmg penting bg membolehkan pengguna mengakses internet dan mengunakan kemudahan digital di perpustakaan.

PC utk kegunaan pengguna perpustakaan

Kafetaria 
Tempat makan sini mmg cantik, bersih dan selesa, Harga makan pun okey. Kalu lapar lepas study or exercise, leh lepak jap makan sini. hihi.



Rumah Ngaji@PPAS
Kalu rasa nak belajar dan memahami Al-Quran kat dalam library, di sini la tempatnya. Mmg selesa dan tenang jew kalu nak ngaji kat sini. 


Kemudahan OKU (Penglihatan)
Turut disediakan kemudahan utk pengguna OKU yg menghadapi masalah penglihatan. Ada buku braille dan bilik khas utk pengguna OKU utk menggunakan kemudahan ini. 



Ada banyak lagi kemudahan disediakan uolls. Jadi iolls cadangkan datang la beramai2x ke PPAS dan explore segala kemudahan ni demi manfaat bersama. Okey uolls. Peace yawww. 
Waktu Pembukaan PPAS adalah seperti di bawah, 


All pictures from PPAS website PPAS










5 comments:

  1. I've been there b4,try 6D theater..memang best :)
    btw, blogwalking n follow sini, klik u mobile :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, tqtqtq blogqwalking here. :D . Teater 6D best kan. Library pun mmg cantik sgt. Nanti i blogwalking & click u mobile. hihi.

      Delete
  2. Permohonan ke luar negara online kpm - ini peluang anda untuk belajar di oversea.
    Doktor Veterinar malaysia peluang kerjaya lumayan sebagai Doktor haiwan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.