Perlis - Fakta Ringkas, Menarik & Unik.

Negeri Perlis terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Terdapat banyak perkara menarik dan unik yg boleh kita tahu mengenai negeri Perlis. Iolls dulu belajar kat UiTM Perlis dan mmg banyak kenangan manis di sini. 

Perlis Sinonim Dengan - Mempelam Harumanis 
Bila sebut Perlis mesti teringat mempelam harumanis. Siyes, mmg sedap gileww uolls. Ia dipanggil harumanis coz ia mengeluarkan aroma yg harum dan rasanya of coz manis. Harga harumanis juga mahal coz permintaan terhadap buah semakin meningkat dan proses penanaman pokok buah ni perlukan perjagaan yg sgt teliti. Iollls pernah gi ke ladang buah mempelam harumanis ni kat Perlis. Mmg ramai yg datang ke sini datang beli buah ni. 


Artis Popular Perlis
Paling peymes skang ialah Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Allahyarham Pak Yus Jambu, Ketiga2x mmg sgt hebat dalam bidang masing2x. Secara kebetulan ketiga-tiga pernah masuk pertandingan bakat hiburan seperti Rita & Izreen (Dewi Remaja) & arwah Pak Yus (Raja Lawak). 


Rita Rudaini

Izreen Azminda

Allahyarham Yus Jambu

Seni Kebudayaan Perlis 
Rasanya semua tahu kan yang tarian Canggung berasal daripada Perlis. Lagu Ala Canggung, makcik pakcik canggung, canggung canggung la li la leh. Cam2 la lirik lagu dia, Perkataan Canggung berasal daripada perkataan Thai iaitu Tanggung yg bermaksud menari. Baru tadi duk google uolls. hihi. Jom layan Tarian Ala Canggung UiTM Perlis. 

 
Credit to Afif Afandi Amran


Makanan Popular Perlis 
Masa iollls belajar kat Perlis dulu, iolls selalu juga makan laksa perlis, Sedap uolls. Pulut mangga perlis pun sedap uolls. Mmmg sinonim ngan makanan favourite Perlis la.

Pulut Mangga 

Laksa Perlis


Tempat Menarik Perlis
Selain harumanis, Perlis juga sangat terkenal dengan pusat beli belah Padang Besar, makanan laut Kuala Perlis, ladang tebu yg pemandangan ala ala luar negara gitewww, Wang Kelian, Gua Kelam, Taman Herba Perlis dan banyak lagi. 

Ladang Tebu Chuping Perlis

Ladang Tebu Chuping Perlis

Kompleks Membeli Belah Padang Besar 

Kuala Perlis

 All pictures from Google Images. 






No comments:

Powered by Blogger.