Empat Artis Indonesia Paling Popular Di Malaysia Dari Tahun 1999-2009

Terdapat 4 artis Indonesia yg sgt peymes di Malaysia utk era awal 2000an. Lagu & album theyolls sgt laris kat Malaysia. Ada lagu theyolls yg pernah jadi lagu paling popular sepanjang tahun di radio Malaysia utk tahun tertentu. Nak tahu siapa artis itew and lagu apa yg malatop kababoom utk tahun 1999 hingga 2009. Jom baca uoolls.


01.Kris Dayanti.
Lagu Menghitung Hari adalah pencetus gelombang baru utk lagu popular daripada Indonesia. Lagu ni mmg sgt popular di Malaysia tahun 1999. Boleh kata hampir semua rakyat Malaysia tahu lagu Kris Dayanti ni pada tahun tew. Kalu x silap iolls, lagu Menghitung Hari ni adalah antara lagu paling banyak yg dipilih oleh peserta Malaysian Idol tahun 2004 dan 2005 utk dinyanyikan ketika audition. Melodi kuat dengan lirik puitis merupakan kekuatan lagu ni. Actually tiap kali iolls dengar lagu ni iolls teringat lagu Sarah Maclahan Angel. Dua dua best. hihi. Tahun 2000 pula KD malatop ngan lagu Mencintaimu. Lagu ni pun mmg sgt popular sampai Dato Jamal Abdillah nyanyi versi sendiri dalam album beliau. Lagu ni pun pernah dinyanyikan  di konsert Gegar Vaganza musim 1 dan 2 iaitu Haleeda dan Farahdhiya. Tahun 2004 lak KD popular dengan lagu Cobalah Utk Setia dan Cahaya. Tahun 2007 dengan lagu Im Sorry Goodbye dan last sekali Aku Wanita Biasa tahun 2009/10. KD juga pernah wat album duet ngan Dato Siti Nurhaliza. KD juga dikenali sebagai salah satu Diva Pop era awal 200an yg sangat peymes di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. KD mmg artis Indonesia No.1 di Malaysia utk era awal 2000 an.




02.Melly Goeslaw
Melly Goeslaw mula terkenal di Malaysia apabila ramai tertanya sapa pencipta lagu Menghitung Hari KD. Lepas tu Melly pun release single dan album beliau di Malaysia dan akhirnya lagu Jika duet ngan Ari Lasso malatop di Malaysia dan menjadi lagu paling popular di Malaysia tahun 2000. Time tu mmg ramai gak la artis Malaysia nak Melly jadi pencipta lagu dorg. Melly terkenal juga dengan imej fesyen unik dan kadang aneh tapi menarik. Selepas popular dengan lagu Jika, Melly meletop lagi dengan album soundtrack Ada Apa Dengan Cinta tahun 2002/2003. Lagu Ada Apa Dengan Cinta duet ngan Eric, Ku Bahagia dan banyak lagu telah menjadi fenomena tahun tu. Melly juga pernah cipta lagu popular Dato Ct bertajuk Biarlah Rahsia. Lagu tu mmg sgt fenomena juga kan. Lagu duet Melly dengan Kris Dayanti bertajuk Cinta juga sgt popular di Malaysia sehingga ada versi Malaysia sendiri iaitu nyanyian Misha Omar & Jaclyn Victor. Album soundtrack My Heart juga telah mempopularkan lagi nama Melly Goeslaw kerana lagu My Heart telah menjadi lagu paling popular di Malaysia tahun 2006. Ioolls ingat lagi masa tu kat radio mana tah, dj laki n pompuan duet lagu My Heart dengan penuh perasaan. Giteww uolls. Melly juga pernah jadi pengetua di Akademi Fantasia 2013  bersama Dato Ct & Faizal Tahir.



03.Dato' Rossa
Kalu ikut zaman skang, Dato Rossa la artis No.1 Indonesia di Malaysia. Sebab Dato' Rossa maintain populariti dari tahun 2000 sampai 2016 dan the only kut artis Indonesia yg dapat dapat gelaran Dato. Tapi utk tahun 1999 hingga 2009, KD & Melly Goeslaw lagi popular dari Dato Rossa. Lagu Tegar, Pudar, Aku Bukan Untukmu, dan Ayat Ayat Cinta adalah lagu fenomena Dato Rossa utk sepanjang awal era 2000 an. Masa muncul tahun 2000 di Malaysia, Dato Rossa dikatakan mirip Dato Siti Nurhaliza. Skang ni Dato' Rossa boleh dikatakan artis Indonesia paling kerap diundang membuat persembahan di Malaysia selain Afgan. Dato Rossa juga mempunyai peminat yg sgt ramai di Malaysia sama seperti KD & Melly Goeslaw.



04.Sheila On 7
Nama Sheila On 7 mula popular di Malaysia tahun 2000 dan kemuncaknya tahun 2001 sampaila 2004. Lagu Dan, Sephia, Seberapa Pantas, Melompat Lebih Tinggi, Berhenti Berharap & Pria Terhebat  adalah lagu SO7 paling peymes di Malaysia. Walaupun banyak kumpulan Indonesia datang ke Malaysia promote lagu dorg, nama Sheila On 7 tetap kukuh di persada seni Malaysia kerana kekuatan lagu mereka yg evergreen dan bertahan lama.



All Pictures from Google Images



Tiada ulasan