Pokemon Kini Sudah Wujud Di Alam Realiti. Dunia Semakin Maju.

Pokemon sudah wujud di dunia yg nyata. Terkejut kan. Kartun Pokemon pernah jadi fenomena di Malaysia di awal 2000 an dulu. Kini, Pokemon muncul dengan permainan aplikasi baru yg mengabungkan konsep fantasi dan realiti iaitu Pokemon Go. Dengan Pokemon Go ini, kita boleh guna smart phone yg ada GPS utk tangkap Pokemon yg keluar di dalam skrin kamera kita yg berlatarbelakangkan pemandangan realiti di hadapan kita. Pokemon ni muncul mengikut tempat kita berada seperti jika kita dkt ngan area air, jadi Pokemon jenis air akan muncul, kalu kita berada di area taman, Pokemon jenis serangga dan mkn rumput akan muncul dan begitulah seterusnya. Konsep  permainan Pokemon Go ni sama seperti kita lihat di TV iaitu tangkap Pokemon itu utk dimasukkan ke dalam bola, berinteraksi dengannya dan keluarkannya utk berlawan dengan pokemon lain.

Yg menariknya lagi, kita perlu bergerak ke lokasi tertentu di alam realiti utk tangkap Pokemon itu sehingga dapat dan ini secara langsung dpt menyihatkan tubuh badan kita kerana kerana kita perlu banyak bergerak dari satu ke satu tempat yg berbeza. Sebab tu ia guna sistem GPS. Ala2x Amazing Race pun ada. 

Disebabkan aplikasi ini menjadi fenomena, ramai yg obses yg game ini tidak kira waktu masa dan tempat. Malah ada juga yg gigih nak tangkap Pokemon time tgh memandu dan menyebabkan mereka hilang fokus time memandu. Disebabkan hal ini, ada ayat pesanan  telah dikeluarkan utk peminat game ini  iaitu Don't Pokemon  & Drive. Revolusi teknologi zaman kini kan. Aplikasi game ni adalah percuma dan ianya baru saja dilancarkan di Australia, Amerika, UK, Germany, dan Korea Selatan pada awal bulan Julai tahun ini. Kat bawah ada video menerangkan cara2x game ini dimainkan dan gambar2x yg telah dishare di Twitter oleh peminat game ini. Mmg Pokemon betul kan. Hihi. 


Video Penerangan Aplikasi Permainan Pokemon Go
Source : Pokemon Youtube Channel


Aplikasi Game Pokemon Go


Aplikasi Game Pokemon Go


Pesanan Khidmat Masyarakat - Dont Pokemon & Drive
Credit to Pokemon Parody


Komen Peminat Pokemon Go


Komen Peminat Pokemon GO


Pokemon Go

All pictures from Google Images.







12 comments:

  1. Wah.. Ini aku pun minat dulu dulu gitu..
    Kalau boleh aku nak tangkap Dan bela Pikachu seekor.. Boleh ke bro? Huhu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jew. Hihi.. tapi rasa kat Malaysia lom sampai lagi aplikasi niey. Maybe sikit masa lagi. Nanti bolehla u bela pikachu ni dan battle ngan pokemon lain. hihi.

      Delete
  3. Nice info dik. baru faham details dia kenapa rmai yg dok sebut2 pasal pokemon ni. ingatkan bole maen bese2 je rupanya mcm real

    ReplyDelete
  4. what to eat in kl ? 6 delightful restaurants to feed your food craving now.
    Healthy food KL

    ReplyDelete
  5. Cukai Harta - cukai perniagaan untuk peniaga online

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing!
    Jom dapatkan insurans terbaik untuk kenderaan anda melalui etiqa takaful insurance car.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.