Lima Lagu Legend Hasil Komposer Legenda Malaysia Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan

Pertama sekali, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan dan ucapan takziah kepada ahli keluarga arwah. Menurut sumber berita Awani (boleh klik di sini), arwah meninggal dunia pada awal pagi Jumaat 18 Mac 2016. Semoga arwah diberkati Allah SWT, InsyaAllah. Amin Amin Amin.

Iollss mmg peminat lagu ciptaan arwah sejak awal 90 an lagi. Iollls bagi ckit trivia menarik mengenai arwah ye uolls. 
  • Komposer pertama yang menerbitkan album pertama Penyanyi No.1 Negara Dato' Siti Nurhaliza pada tahun 1996 dan menang Anugerah Juara Lagu 1996 serta Lagu Terbaik Aungerah Industri Muzik 1997 menerusi lagu Jerat Percintaan.
  • Komposer paling banyak lagu bertanding dalam kategori Balada Anugerah Juara Lagu tahun 1998 iaitu sebanyak 3 lagu - Puncak Kasih Ziana Zain (menang kategori Balada), Wajah Kekasih Siti Nurhaliza dan Getaran Cinta Di Jiwa Liza Hanim.
  • Selain Dato Siti Nurhaliza, arwah juga komposer utama yang memperkenalkan artis gred A Malaysia melalui lagu ciptaan beliau iaitu Aishah, Fauziah Latif, Nora, Ziana Zain, Liza Hanim, Siti Nordiana, Dayang Nurfaizah, Misha Omar etc.
  • Selain lagu Pop, arwah pernah juga mencipta lagu dangdut Asha Malik (Kau Kasih Ku Sayang), lagu Arab Latin Mas Idayu (Hasrat Perindu) dan lagu Pop Etnik Noraniza Idris (Layar Batutta)
  • Jom layan 5 lagu paling lejen sepanjang karier arwah yg sememangnya best (pilihan lagu pada pandangan iolls ya). 

No.1 of cozes la Jerat Percintaan.
 Lagu ni pegang rekod lagu pertama arwah menang AJL dan seterusnya  Lagu Terbaik AIM. 
Credit to SuriaRecordsSRC You Tube Channel

No.2 pula ialah Puncak Kasih Ziana Zain
Lagu ni pegang rekod lagu paling lama no.1 dalam carta Muzik Muzik selama 17 minggu bersama lagu Lamunan Terhenti Aris Ariwatan.
Lagu ni juga menang lagu terbaik kategori Balada AJL 1998.
Credit to budakpendekk You Tube Channel

No.3 ialah Bunga Bunga Cinta Misha Omar
Lagu ni lagu debut pertama Misha yg terus jadi juara AJL 2003
Credit to MishaOmarVevo You Tube Channel


No.4 ialah Di Persimpangan Dilema Nora.
Lagu ni sgt lama dalam carta Muzik Muzik 94/95 iaitu sebanyak 45 minggu kalu x silap iolls. 
Lagu ni juga salah satu lagu paling popular sepanjang zaman 90 an. 
Credit to jai725a You Tube Channel


No.5 ialah Getaran Cinta Di Jiwa Liza Hanim
Lagu paling lama dalam carta Muzik Muzik 97/98 iaitu sebanyak 51 minggu.
Lagu unik coz guna konsep Pop Akustik
Credit to SuriaRecordsSRC You Tube Channel

No comments:

Powered by Blogger.