Iklan Raya Pertama Ada Unsur Seram di Malaysia 2016

Wow, hebat tahun niey. Banyak gilew kut iklan raya keluar tahun niey. Ada iklan  raya tema seram, komedi, sedih, & gembira. Rasa macam tahun ni adalah tahun iklan raya paling banyak keluar. Setiap iklan raya keluar ada jalan cerita berbeza even matlamatnya satu iaitu utk meraikan hari raya. Tapi bg iollls, iklan raya seram daripada Firdhaus Rahmat Youtube Channel ni mmg gempak. Nama iklan ini ialah Mana Nak Raya. Mmg seram uolls. Jgn tgk kalu duk sorg2x kat umah. Selain itu, iklan raya yg bagi impak pada iollss dengan tema berbeza ialah iklan raya daripada TM. Kisah sorg wanita yg simpan makanan lebihan yang tidak terusik di majlis tertentu utk diberikan kepada org gelandangan. Yg ni mmg tacing uolls. Oleh itu, iolls nak senaraikan 10 iklan raya yg iolls rasa terbaik utk tahun 2016. 

Credit Picture to Firdhaus Rahmat Youtube Channel



01. Man Nak Raya  - Firdhaus Rahmat Youtube Channel
Iklan raya seram yg mmg lain daripada lain. Rasa belum pernah lagi ada iklan raya versi seram cmnie. Mmg kreatif idea Firdhaus nie. Salute uolllss.   #seram #uollls



02. Rezeki Yang Dikongsi Lebih Diberkati - TM Youtube Channel
Kisah seorang insan mulia yg sanggup bersusah payah tapau makanan lebihan yang tidak terusik utk diberikan kepada orang yg lebih memerlukan. #tacing #uolls.




03. Balik Juga - Imigresen TV Youtube Channel
Kisah pekerja yg kena bekerja pada hari raya tapi last minute dapat balik raya. Bila sampai kampung, dia terlupa bawa balik sekali bini dia. #lawak #uollls



04. Pengacau Balik Raya - BSN Malaysia Youtube Channel
--Kisah sepasang couple hubby wife yg sgt baik hati menolong orang lain ketika on the way nak balik raya. Kesinambungan daripada watak couple so sweet uolls dari iklan Raya Puasa tahun lepas dan iklan raya Tahun Baru Cina tahun ini. #sosweet #uollls



05. #bahuluemak - MYNIC Loop You Tube Channel
Lakonan mantap daripada pelakon wanita yg tiap kali raya muncul dgn iklan baru lakonnya (iollls x pasti nama beliau tapi beliau sgt peymes kalu bab iklan raya dan lain2x iklan kat TV) bersama pelakon lelaki tu menjadikan drama pendek #bahuluemak ini best dan menarik. #happyfamily #uolllss




06. Selalu Di Hati - Mydin Malaysia You Tube Channel
Iklan sedih ini mengisahkan ibunya tidak dapat terima kenyataan anak bongsu dan suami dah meninggal, Dia masih anggap mereka tu masih hidup sehinggalah anak sulung dia sedarkan mak dia yg sebenarnya ayah dan anak dia dah meninggal. #sedih #uollls



07. Iklan Raya Sunsweet Prunes - daripada Steelpain Youtube Channel
Iklan ni boleh kata iklan raya double meaning. Si ibu ingatkan anak dia mengandung padahal anaknya sakit perut sebab makan banyak sangat time berbuka puasa. #redahjew #uollls



08. Siberturahim - Samsung Malaysia Youtube Channel
Iklan niey boleh jadi iklan ikon era 2010 an di mana penggunaan Whatsapp menjadi fenomena di Malaysia. Kisah chat satu keluarga yg menyentuh perasan. #urban #uollls



09. #Lepastu - TENAGAofficial Youtube Channel
Iklan raya paling popular tahun niey. Ia mengisahkan sorg budak nak minta maaf atas kesalahan dia yg sgt banyak tu  dengan bapa dia. Mmg kelakar. #happyfamily #uollls



10. #keli - Dato Red Youtube Channel (husband Adira AF)
Iklan ni unik coz Dato Red berlakon sendiri dalam iklan raya niey. Dato Red ni suami kepada penyanyi popular Adira. Iklan ini mengisahkan kisah suka duka perjalanan hidup dalam menempuh kehidupan bersama keluarga mereka. Rasanya ni 1st time husband artis berlakon dalam iklan raya dengan memegang watak utama. #datored  #uollls






2 ulasan:

  1. Bagus la iklan iklan raya ni kan.. Boleh bikin harta pesaka , Dan Baik dijadikan pedoman gitu.
    Salam aidilfitri bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah betul kan. iklan pun sama macam filem dan lagu, boleh dijadikan perakam budaya sosial suatu zaman itu. salam aidilfitri juga bro. :D

      Padam