10 Pelakon Lelaki Malaysia Paling Popular era 2010an.

Sejak awal era 2010an lagi, terdapat ramai aktor Malaysia yg berpotensi besar menjadi Aktor No.1 Malaysia. Ramai  di antara mereka yg mempunyai drama/filem yg sgt popular dan menjadi sebutan para peminat hiburan tanahair. Kebanyakan daripada mereka ini dikenali kerana mempunyai bakat dan populariti yg sama hebat. Selain itu, ada juga di antara mereka yg mempunyai isu2x hangat sensasi yg sentiasa menjadi bahan berita utama di kalangan penggemar industri hiburan kita. Yg pastinya kehadiran mereka ini sememangnya memeriahkan lagi industri lakonan tanahair dengan pelbagai warna-warni rencah kehidupan mereka sebagai aktor Malaysia yg popular. 


Zizan Razak, Shaheizy Sam & Aaron Aziz



01.Aaron Aziz
Aaron Aziz adalah satu nama yg sgt popular di Malaysia mahupun di Singapura. Hampir semua lakonan beliau tidak kira filem atau drama meletop di pasaran dan menjadi sebutan ramai orang. Beliau pernah memenangi dua kali anugerah besar utama Bintang Paling Popular ABPBH  dan  aktor pembantu terbaik di Anugerah Skrin. Malah, boleh dikatakan hampir semua selebriti wanita gred  A Malaysia  Aaron pernah berlakon atau bergandingan bersama dalam pelbagai  platform media seperti Erra Fazira, Nora Danish, Maya Karin, Lisa Surihani, Neelofa, Nur Fazura, Siti Saleha, Rozita Che Wan, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani, Tiz Zaqyah, Zara Zya, Rita Rudaini, Amyra Rosli etc. Kekuatan X-Factor dan pakej yg dimiliki oleh Aaron Aziz telah meletakkan beliau adalah aktor Malaysia yg sgt popular dalam pelbagai platform media dan menjadi satu fenomena yg luar biasa di kalangan peminat industri seni tanahair. 



Asal : Singapura
Umur :  40 tahun
Filem/Drama Popular : KL Gangster, Ombak Rindu, Pisau Cukur, Emil Emilda, Adam & Hawa, Tuan Anas Mikael


02.Shaheizy Sam
Shaheizy Sam adalah antara pelakon lelaki Malaysia yg pernah menang dua anugerah besar utama iaitu aktor terbaik Festival Filem Malaysia dan juga 2x menang Bintang Paling Popular  ABPBH. Bakat dan populariti beliau sememangnya sgt mengkagumkan dan ini juga menjadi batu aras kepada aktor lelaki lain utk berjaya seperti beliau. Beliau juga mempunyai kebolehan menjadi seorang pengacara dan penyanyi yg baik. Yg pastinya kehadiran Shaheizy Sam memberikan satu warna variasi di dalam industri ini

Asal : Petaling Jaya, Selangor
Umur : 33 tahun
Filem/Drama Popular : Adnan Sempit, Polis EVO, Kongsi, Manisya Cinta Di Cappadioca


03.Zizan Razak
Di antara semua pelawak generasi baru  di Malaysia, Zizan Razak boleh dikatakan pelawak paling berjaya di dalam industri perfileman. Kejayaan Zizan ini mengingatkan kepada kejayaan Saiful Apek yg pernah mencetuskan fenomena di era 2000an dulu. Banyak filem Zizan yg box office dan beliau juga dikenali sebagai aktor/pelawak yg stailo apabila berfesyen ke majlis tertentu. Beliau juga pernah 
memenangi pelbagai anugerah popular utk kategori komedi dan pengacaraan tv. Malah beliau juga pernah memenangi aktor terbaik komedi di Anugerah Lawak Warna beberapa tahun lepas. 



Asal : Dungun, Terengganu
Umur : 32 tahun
Filem/Drama Popular : Hantu Bonceng, Abg Long Fadil, Cicakman 3


04.Shamsul Yusof
Pelakon dan pengarah filem terkenal ini sememangnya adalah satu nama yg cukup besar di dalam industri perfileman tanah air. Hampir semua arahan beliau box office dan mencetus fenomenanya tersendiri di kalangan peminat hiburan di sini. Yg pastinya pasti ada pembaharuan akan dibawa oleh beliau tidak kira samada lakonan atau arahan filem beliau untuk tontonan peminat setia beliau. Boleh dikatakan beliau satu2xnya pelakon merangkap pengarah filem paling popular di Malaysia ketika ini.



Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Umur : 32 tahun
Filem/Drama Popular : Khurafat, Munafik, Evolusi KL Drift


05.Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz telah mencapai tahap kemuncak kerjayanya apabila memenangi dua anugerah utama Anugerah Bintang Popular BH iaitu pelakon tv popular dan pelakon filem popular serentak dalam tahun yg sama. Sharnaaz juga mempunyai bakat sebagai pengacara dan ini telah dibuktikan ketika beliau menjadi pengacara Gempak Superstar bersama dengan Scha Al Yahya. Beliau juga dikenali sebagai antara artis lelaki yg sentiasa ada isu hangat sensasi dan menjadi perhatian peminat industri hiburan negara ini. 



Asal : Georgetown, Pulau Pinang
Umur : 30 tahun
Filem/Drama Popular :  Suamiku Encik Sotong, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Dottie, Patah Seribu, Setitis Kasih Darmia


06.Remy Ishak
Nama Remy Ishak pernah menjadi fenomena ketika drama Nur Kasih meletop di TV beberapa tahun lepas. Selepas itu, banyak juga filem dan drama Remy yg lain  popular dan mendapat perhatian di kalangan peminatnya. Remy juga pernah memenangi pelakon tv popular Anugerah Bintang Popular BH dan juga aktor terbaik filem di Anugerah Skrin. Ini jelas menunjukkan beliau adalah antara aktor Malaysia yg disegani di atas bakat dan  popularitinya yg setara di dalam industri hiburan ini. 



Asal : Negeri Sembilan
Umur : 34 tahun
Filem/Drama Popular : Nur Kasih, Cun, Jiwa, Arjuna, Rumi & Jawi, Tahajud Cinta, Sembunyi Amukan Azazil


07.Ady Putra
Ady Putra boleh dikenali sebagai Raja Drama Malaysia kerana majoriti drama beliau sgt popular dan sentiasa ada naskhah lakonan terbaru beliau keluar di TV setiap tahun. Malah, namanya juga tercalon setiap tahun utk kategori pelakon tv popular sejak tahun 2011 sehingga 2014. Walaupun tidak pernah menang, tetapi pencalonan setiap tahun itu sudah cukup menunjukkan beliau adalah antara aktor Malaysia yg sgt popular dan mempunyai pengaruhnya tersendiri. 




Asal : Singapura
Umur : 35 tahun
Filem/Drama Popular : Cinta Si Wedding Planner, Teduhan Kasih, Tentang Dhia, Chihnta


08.Bront Palarae
Pemenang aktor terbaik Festival Filem Malaysia utk filem Belukar sememangnya cukup dikenali sebagai pelakon versatile dan berkarekter. Sudah pelbagai watak beliau bawa samada di dlm filem mahupun drama. Kesemuanya meninggalkan kesan yg mendalam kepada para penonton di atas lakonan berkesan beliau. Beliau pernah menjadi pengacara Beat TV bersama dengan Dynas Mokhtar pada tahun 2004 sebelum beliau mengambil keputusan utk fokus pada bidang lakonan dan penulisan. 



Asal : Alor Setar, Kedah
Umur : 37 tahun
Filem/Drama Popular : Terbaik Dari Langit, Jwanita, Ola Bola, Sindarela


09.Beto Kusyairy
Beto diakui antara aktor terbaik Malaysia. Lakonan beliau yg method dan penuh berkarekter itu sememangnya menjadi faktor utama kenapa beliau menjadi popular di kalangan penggemar industri lakonan tempatan. Beliau pernah memenangi aktor terbaik filem utk filem Gila Baby di Anugerah Skrin &  Anugerah Lawak Warna baru2x ini. Beliau juga dikenali sebagai pelakon versatile kerana selalu membawa watak yg berbeza2x di dalam pelbagai jenis naskhah lakonan beliau. 



Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Umur : 36 tahun
Filem/Drama Popular : Istanbul Aku Datang, Juvana, Geng Surau, Kekasihku Seru


10.Fattah Amin
Di antara semua nama yg tersenarai, Fattah Amin adalah aktor paling muda sekali kerana beliau baru saja memasuki industri hiburan ini 3,4 tahun lepas di dalam bidang lakonan. Namun begitu, potensi besar yg beliau tunjukkan baru2x ini di dalam bidang lakonan menunjukkan yg beliau boleh menjadi da next Hero Malaysia. Fattah pernah memenangi pertandingan Hero Remaja 2011/12 dan menjadi model di Malaysia. 


Asal : Setiawangsa, Kuala Lumpur
Umur : 25 tahun
Filem/Drama Popular : Hello Mr. Perfect, Cinta Ibadah, Plan Cinta Tak Jadi, Playboy Itu Suami Aku

5 comments:

  1. aku suka zizan.. pasal dia kelakor gitu.. hidup zizan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. zizan mmg kelakar. hihi. rasa2x dia dah jadi jutawan kan sebab banyak job dia dapat tu. lakon, mengacara, nyanyi dan melawak. hihi

      Delete
  2. alaaaa... awat Azwan Ali tak masuk book... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... Azwan Ali kategori Pengacara Legend. hihi

      Delete
  3. QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE

    ReplyDelete

Powered by Blogger.