Rakyat Amerika Syarikat Puji Yuna Malaysia

Peminat muzik Amerika Syarikat memuji penyanyi Malaysia Yuna kerana muncul dengan  identiti berbeza dan unik. Baru2x ini, Fomo Daily You Tube Channel yg berpangkalan di United States telah menayangkan muzik video lagu Yuna bersama Raja Crunk&B bertajuk Crush kepada beberapa komentar rakyat Amerika Syarikat dan meminta mereka memberikan pendapat mereka mengenai Yuna dan lagu itu. Majoriti  komentar meminati dan memuji Yuna sebagai artis yg berbakat. Rasanya Yuna satu2xnya artis Malaysia yg betul2x berjaya di Hollywood sebab dapat pendedahan daripada Billboard, MTV, dan ada peserta Eropah pernah menyanyikan lagu Yuna bertajuk Lullaby di pertandingan X Factor beberapa tahun lepas. Selain itu, Yuna juga mendapat liputan luas daripada selebriti media sosial terkenal  seperti blogger terkenal Hollywood Perez Hilton, media online yg terkenal The Huffington Post, radio terkenal Hollywood iHeartRadio, berita arab Al-Jazeera English dan banyak lagi. Impress kan uolls.

Baru2x ini, Yuna telah melancarkan album baru beliau bertajuk Chapters. Yuna juga dikenali sebagai salah seorg protege artis gred A Hollywood iaitu Pharrel Williams. Yuna sememangnya bertuah kerana Pharrel Williams menjadi mentor beliau dan Raja CrunkNB Usher berduet ngan Yuna dalam album baru beliau. Seperti album Yuna sebelum ini, banyak lagu best  yg terdapat dalam album baru beliau yg dipasarkan bulan beberapa bulan lepas. Album baru Yuna itu juga telah berjaya menduduki ranking Top 8 dalam Carta US Billboard Top R&B/Hip Hop album. Ini juga satu kejayaan yg sgt sgt sgt membanggakan. Peluang Yuna utk tercalon Grammy Award juga sudah terbuka luas kerana nama Yuna semakin popular di kalangan peminat R&B di sana. Hope one day Yuna akan berjaya menang Grammy Award dan seterusnya membanggakan Malaysia. Tahniah Yuna. 

Yuna & Usher 

Americans React To Yuna Song
Source : Fomo Daily You Tube Chanel


Source : iHeartRadio You Tube Channel



6 comments:

  1. syabas yuna.. terus memartabatkan seni suara ke persada antarabangsa gitu.. bravo girl

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezzzaa... bravo girl. Hope Yuna terus success. Cth artis Malaysia yg berkualiti antarabangsa. :D

      Delete

Powered by Blogger.