Kapal Angkasa NASA sampai ke Planet Musytari pada 4 Julai 2016
Sejarah baru dalam dunia teknologi/bidang astronomi manusia tercipta lagi dengan sampainya Kapal Angkasa Juno NASA ke orbit Planet Musytari pada 4 Julai 2016. Kapal Angkasa Juno ini dilancarkan ke luar angkasa utk menuju ke Planet Musytari pada 5 Ogos 2011 dan tiba ke Musytari lebih kurang lima tahun kemudian iaitu 4 Julai 2016. Anggaran jarak dari Planet Bumi ke Planet Musytari ialah +/- 400 juta km.
Tujuan Kapal Angkasa Juno dilancarkan adalah untuk mengetahui keadaan dan mengkaji alam misteri kehidupan Planet Musytari dengan lebih mendalam lagi. Dalam erti kata lain, ianya bertujuan utk mengkaji medan graviti, komposisi, medan magnet dan magnetosfera kutub. Selain itu, misi projek angkasa Juno juga akan mengkaji angin Musytari, asal-usul pembentukan Musytari, kewujudan air di atmosfera, teras batu bata dan bagaimana jisim Musytari ini teragih.
Musytari adalah planet paling besar dalam sistem solar kita. Planet Musytari sudah diketahui kewujudannya oleh ahli astronomi zaman purba kala lagi. Cendekiawan masa lampau iaitu Galileo Galilei telah menemui empat bulan gergasi di Planet Musytari pada tahun 1610 melalui kajian beliau. Musytari sebenarnya mempunyai banyak bulan di mana sekurang2xnya terdapat 67 bulan di sana. Empat bulan gergasi atau juga dipanggil satelit planet Musytari telah diberi nama Ganymede, Callisto, Io dan Europa. Keempat-empat bulan ini mempunyai alam dunia yg sgt jauh berbeza antara satu sama salin.
Musytari adalah planet paling besar dalam sistem solar kita. Planet Musytari sudah diketahui kewujudannya oleh ahli astronomi zaman purba kala lagi. Cendekiawan masa lampau iaitu Galileo Galilei telah menemui empat bulan gergasi di Planet Musytari pada tahun 1610 melalui kajian beliau. Musytari sebenarnya mempunyai banyak bulan di mana sekurang2xnya terdapat 67 bulan di sana. Empat bulan gergasi atau juga dipanggil satelit planet Musytari telah diberi nama Ganymede, Callisto, Io dan Europa. Keempat-empat bulan ini mempunyai alam dunia yg sgt jauh berbeza antara satu sama salin.
Dari kiri ke kanan : Ganymede, Callisto, Io & Europa
Gambar : NASA
Permukaan bulan Europa
Permukaan bulan Ganymede
Permukaan bulan Io
Permukaan bulan Callisto
Menariknya, peminat astronomi di dunia boleh turut serta menyertai perjalanan proses kajian sains kapal angkasa ini dengan memilih lokasi mana patut diambil gambar di Planet Musytari dengan membuat undian online di website JunoCam. Link website ada di bawah. Register website JunoCam ini dan peminat astronomi dunia juga boleh menyertai forum perbincangan online yg disediakan di ruang komen website ini. Teringat cerita The Martian lakonan Matt Damon dan cerita Jupiter Ascending lakonan Mila Kunis. Alam dunia ini sgt luas dan banyak lagi perkara kita belum jelajah dan mempelajarinya.
Video Penerangan Ringkas Misi Kapal Angkasa Juno NASA
Video Kapal Angkasa Juno NASA menuju ke Planet Musytari.
Sidang Media Status Kapal Angkasa Juno NASA 2016
NASA Youtube Channel
JunoCam website : https://www.missionjuno.swri.edu/junocam
Source : NASA Website, NYTimes
Wow.. Bagus entry kau kali ini Leo.. Aku pun mmg minat pd Alam semesta ni.. Tapi Kenapa NASA tak buat ujian kat planet Pluto kan.. Rasa rasanya, blog kau ni kena tukar nama la Leo..
ReplyDeleteTukar Jadi..
Blogleomusytari pulak hihh hihh
hihihi.. i pun minat alam semesta ini juga. Beberapa tahun lepas NASA baru abis kaji bulan gergasi Musytari. Skang dorg nak fokus pada Planet Musytari pula and makan masa bertahun juga. Setakat ni rasa takde lagi kapal angkasa NASA sampai ke orbit planet Pluto utk wat kajian cmnie. hihi... nama blogleomusytari panjang sgt. hihi.. okey jew. hihi. :D
DeleteTerlupa lak tadi.
ReplyDeleteBand Olan entry terbaru blog Yusrina.
Jom singgah Leo
Wokeh, i singgah skang. Band Olan yg peymes ngan lagu Cinta Bandar Tasik Selatan. hihi.
DeleteSiapa yg ambil gambar setelit mengorbit planet musytari? Adakah setelit kedua atau itu cuma fake ( teknik CGI)
ReplyDeleteKapal angkasa Juno ada kamera berevolusi tinggi utk merekod dan merakam aktiviti di Planet Musytari. Berkenaan dengan satelit kedua i x pasti. Tp gambar satelit orbit planet musytari tu adalah gambaran angkasawan yg guna teknik CGI utk menggambarkan skituasi/keadaan JUNO menuju ke orbit Musytari utk memudahkan org awam memahami pergerakan kapal angkasa tu cmner. Utk soalan yg bersifatkan teknikal, boleh terus email dan tanyakan kepada pihak NASA kerana pastinya jawapan mereka lebih tepat.hihi :)
DeletePembetulan : gambaran pihak NASA bukan angkasawan. :)
Delete