Saintis Muda Kelantan Malaysia Harumkan Nama Negara Di Peringkat Dunia.
Saintis Muda bernama Hafizah Noor Isa telah berjaya mengharumkan nama negara dengan kejayaan beliau terpilih sebagai salah seorang 27 penyelidik yg terlibat dalam penghasilan kajian bertajuk Observation of Gravitational Waves from A Binary Hole Merger awal tahun ini. Beliau merupakan pelajar PHD di University of Glasgow, Scotland dan juga antara saintis yg berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang graviti. Hafizah merupakan anak jati Kelantan akan menerima Anugerah Ikon Belia daripada kerajaan Malaysia bersempena dengan kejayaan beliau yg menjadi saintis muda Malaysia di peringkat global. Semoga dengan kejayaan Hafizah ini dapat membangunkan semangat rakyat Malaysia agar turut berusaha berjaya di peringkat global di dalam pelbagai bidang dan seterusnya mengharumkan nama negara. Tahniah Hafizah Noor Isa. Malaysia Boleh!!!
Picture from Google Image
Link Video : University of Glasgow Facebook Page
No comments: