Sunday, June 5, 2016

Mesin Layan Diri Beli Buku Di Malaysia dan Seluruh Dunia.

Tadi iolls baca berita kat internet mengatakan yang Singapura skang dah ada alat mesin jual buku layan diri (Book Vending Machine). Ianya bertujuan utk mempromosi karya buku-buku terpilih dan utk memudahkan rakyat Singapura membeli dan membaca buku2x berkenaan. Keutamaan kepada hasil karya rakyat Singapura sendiri untuk dijual menggunakan mesin tersebut. Then, iollss tertanya2x kat Malaysia ada tak mesin layan diri jual buku ini. Then, after google, iolls terjumpa news yg mengatakan Malaysia dah ada mesin layan diri jual buku pada tahun 2011 oleh syarikat kedai buku MPH. Kira advance juga la Malaysia kan. 

Sejarah Ringkas Mesin Layan Diri Jual Buku.

Berdasarkan artikel website Huffington, mesin layan diri jual buku pertama telah  direka oleh Richard Carlile di England pada tahun 1822. Tujuan Richard cipta alat ni adalah disebabkan beliau mahu menjual buku yg agak kontroversi seperti buku Paine berjudul Age of Reason kepada rakyat tempatan tanpa perlu menghadapi situasi yg tidak menyenangkan daripada pihak tertentu.

Then, pada tahun 1937, mesin jual buku layan diri yg dinamakan Peguincubator telah dicipta oleh pengasas Peguin Books iaitu Allen Lane. Dikatakan Allen cipta mesin tersebut adalah disebabkan pada satu hari beliau mencari kedai buku di stesen keretapi untuk dibaca ketika perjalanan pulang ke London. Then, tetiba beliau merasakan perlu ada mesin jual buku fiction di sekitar stesen keretapi dengan harga berpatutan dan tidak hanya dijual di kedai buku biasa saja. Maybe dari situ timbul idea beliau utk mesin Peguincubator ini. 

Selepas itu, pada bulan Jun 1947, mesin jual buku bernama Book O Mat telah dilancarkan oleh Popular Science di negara Barat. Kalau di Asia, rasanya semua tahu negara Jepun mmg dikenali dengan kepantasan teknologi dia. Mesin kat Jepun ni ada yg jual buku saiz wallet dan mesin tu berkonsepkan phone directory. Unik kan Jepun. Selain itu, kompeni Irish pernah wat mesin jual buku bernama A Novel Idea di London tapi bankrap pada tahun 2010. Di Sweden, mesin bernama Readomatic telah ditempatkan di Stockholm Airport untuk jual beli buku secara layan diri. Situasi yg sama juga berlaku di Germany. Seterusnya, pada tahun 2008, syarikat New York Times pula menggunakan mesin ini utk menjual buku novel Nora Roberts and Victoria Halts versi terjemahan bahasa Spanish di Barcelona, Spain dan mendapat sambutan menggalakkan. 

Terbaru, sebuah perpustakaan awam di Amerika Syarikat bernama Fullerton Public Library, Orange County, California telah menyediakan mesin layan diri jual buku di stesen keretapi tempatan dengan sejumlah buku lebih 500 judul popular di dalam mesin tersebut dan ianya boleh diperolehi secara percuma melalui mesin tu dengan syarat ada kad library dan tiada denda tertunggak  lebih daripada lima dolar. Mesin ini dipanggil Redbox for Books. Di Toronto Canada pula, kompeni Monkey's Paw telah mengeluarkan mesin layan diri beli buku bernama Biblio Mat. Mesin Biblio Mat ini memegang rekod sebagai mesin pertama jual buku second hand dengan harga dua dollar di mana bukunya yg dijual atau dibeli akan diterima secara rambang oleh pembeli. Maksudnya, bila kita masukkan dua dollar dalam mesin ini, kita akan terima any kind of books yg ada dalam mesin tu tanpa kita ketahui buku apa kita akan terima. Menarik kan. Jom tgk picture dan video beli buku guna mesin tu.

Book Vending Machines in Singapore 

Book Vending Machines in Singapore 

MPH Book Vending Machine

Peguincubator - Book Vending Machine 1937

Book O Mat -  Book Vending Machine 1947


Novel Idea - Book Vending Machine

Book Vending Machine at Barcelona, Spain

Book Vending Machine at Sweden

Biblio Mat - Book Vending Machine Toronto, Canada

.



The BIBLIO-MAT from Craig Small on Vimeo.


All Pictures from Google Images.
Source : huffingtonpostbibliomat, thestarstraittimesmphclickinfodocketastro awani

5 comments:

  1. Bestnya kalau ada mesin cenni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan.. senang kita nak beli buku kita suka.. :)

      Delete
  2. kalau aku tak suka mesin nie.. yer la nak review buku pun tak boleh.. terus kena beli, pas tu kalau tak puas hati nak return pun tak boleh kann..?
    aku lagi suka mesin drinking gitu... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. okey la tu. mesin minum tu i pun suka. yg makanan ringan pun okey. hehe.. :D

      Delete
  3. terima kasih ya sudi datang ke sini.. wokeh i follow back blog kak.. :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.