Saturday, May 21, 2016

Kuda Emas Digelar Sebagai Supermodel Kuda & Kuda Tercantik Di Dunia.

Pernah tgk kuda berbulu seakan warna emas. Menurut website Featured Creature, kuda emas ni atau dipanggil The Golden Akhal-Teke berasal daripada Turkmenistan dan boleh dijumpai di negara Rusia, Eropah, Australia dan Amerika Utara. Kuda Emas niey terkenal coz warna bulunya yg seakan warna emas dan berkilat. Kuda baka ni juga bijak, lasak serta pantas berlari. Disebabkan keunikan kuda ini, gambar kuda ni telah diabadikan di atas banknotes Turkmenistan dan setem di sesetengah negara seperti Azerbajian dan Kazakhstan. Kuda ini juga dijadikan sebagai bahan monumen di kebanyakan bandar di Turkmenistan sebagai tarikan pelancong dan mercu tanda negara ini. Ingat Turkmenistan, ingat Kuda Emas Akhal-Teke - The Supermodel Of Horse World. Indahnya ciptaan Tuhan kan uolls. :)

Credit Picture Caetano Cremello Lusitano Stallion Facebook Page

Credit Picture to Featured Creature.com

Credit Picture to Amazing Life Facebook Page

Setem Kuda Emas Kazakhstan tahun 2002

Monumen Kuda Emas di Ashgabat




Friday, May 20, 2016

Whitney Houston "Dihidupkan" Semula Dengan Teknologi Hologram

Selalu kita lihat dalam movie org bercakap dengan manusia hologram. Zaman skang rasanya dah wujud teknologi tu juz maybe nampak antara real ngan tak real jew. Baru2x ni ada video nyanyian duet Christina Aguilera dengan hologram Whitney Houston utk lagu I Have Nothing dan I'm Every Woman. Mmg menarik dan unik coz mmg nampak seolah2x Whitney Houston berduet siap dengan ada interaksi ngan Christina Aguilera lagi. Asalnya video ni hendak ditayangkan di final The Voice United States tapi dgr cite x pasti jadi ke tak coz ada news kata video ni tak jadi ditayangkan. Cmner pun, jom tgk video hologram Whitney Houston berduet ngan Christina Aguilera. 


Credit Picture to Google Image


 Video credit to MusicFeelings Facebook Page

Sunday, May 15, 2016

Saintis Muda Kelantan Malaysia Harumkan Nama Negara Di Peringkat Dunia.

Saintis Muda bernama Hafizah Noor Isa telah berjaya mengharumkan nama negara dengan kejayaan beliau terpilih sebagai salah seorang 27 penyelidik yg  terlibat dalam penghasilan kajian bertajuk Observation of Gravitational Waves from A Binary Hole Merger awal tahun ini. Beliau merupakan pelajar PHD di University of Glasgow, Scotland dan juga antara saintis yg berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang graviti. Hafizah merupakan anak jati Kelantan akan menerima Anugerah Ikon Belia daripada kerajaan Malaysia bersempena dengan kejayaan beliau yg menjadi saintis muda Malaysia di peringkat global. Semoga dengan kejayaan Hafizah ini dapat membangunkan semangat rakyat Malaysia agar turut berusaha berjaya di peringkat global di dalam pelbagai bidang dan seterusnya mengharumkan nama negara. Tahniah Hafizah Noor Isa. Malaysia Boleh!!!

Picture from Google Image



Sunday, May 8, 2016

Neelofa Menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 29 #respect #abpbh29

Baru sebentar tadi dah abis siaran langsung ABPBH 29 yg menyaksikan Neelofa menang Bintang Paling Popular Berita Harian 29. Tahniah pada Neelofa, Undian Neelofa dapat mmg sgt tinggi iaitu lebih 200k undian. Dengan ini nama Neelofa akan tercatat dalam sejarah hiburan negara sebagai salah seorang bintang Gred A yg pernah menang anugerah tertinggi populariti di Malaysia. Kira Neelofa ni dah jadi lejen la. Plus, rasanya malam ni banyak kejutan pemenang yang tak disangka. Rezeki memasing kan. Okey uolls. Kita wait tahun depan lak ya. Hope Ayda maintain populariti tahun ni utk tercalon lagi tahun depan. U can do it Ayda Jebat.  Okey uollls. Plus lagi, kemenangan Neelofa ni sebenarnya telah membuatkan Neelofa pecah rekod ABP seperti :

  • Neelofa menjadi artis wanita pertama menang after zaman Dato Ct utk menjadi Bintang Paling Popular
  • Neelofa Pengacara Pertama menang Bintang Paling Popular
  • Neelofa memecah monopoli artis lelaki utk menang Bintang Paling Popular setelah 5 tahun berturut2x artis lelaki sejak tahun 2010 hingga 2014.
  • Neelofa artis tudung pertama menang Bintang Paling Popular
  • Top 5 Bintang Paling Popular - No.2 Mira Filzah. No.3 Shaheizy Sam, No.4 Janna Nick & No.5 Abam Bochey 
And again, tahniah Neelofa dan semua pemenang ABP. :D

Picture from Anugerah Bintang Popular website


Picture from Google Image


1. Artis Baharu Lelaki Popular
Ippo Hafiz - Ir Radzi - Nadzmi Adhwa - Redza Rosli - Sufi
Pemenang : Sufi

2 Artis Baharu Wanita Popular.
Falisha Crossley - Janna Nick - Mira Filzah - Nana Sheme - Ruhainies
Pemenang :Mira Filzah

3.Pelakon Filem Lelaki Popular
Abam - Remy Ishak - Shaheizy Sam - Sharnaaz - Syafie Naswip
Pemenang : Sharnaaz

4.Pelakon Filem Wanita Popular
Emma Maembong - Fathia Latif - Neelofa - Nur Risteena - Siti Saleha
Pemenang : Fathia Latiff

5.Pelakon TV Lelaki Popular
Faizal Hussein - Fattah Amin - Kamal Adli - Remy Ishak - Sharnaaz
Pemenang : Sharnaaz

6.Pelakon TV Wanita Popular 
Emma Maembong - Erma Fatima - Fathia Latif - Siti Elizad - Siti Saleha
Pemenang : Emma Maembong

7.Penyanyi Lelaki Popular 
Aizat - Asfan - Hazama - Ir Radzi - Syed Syamim
Pemenang : Aizat

8.Penyanyi Wanita Popular
Adira - Aishah Aziz - Ayda Jebat - Dyg Nurfaizah - Eleena Haris 
Pemenang : Adira

9.Artis Koloborasi /Duo/Berkumpulan Popular 
Akim & The Majistret - Hafiz & Adira - Joe Flizzow & Sonaone - Tasha & Shamim - Wings
Pemenang : Wings

10. Artis Komedi Popular 
Abam - Amir - Ebby Yus - Shuib - Zulin 
Pemenang : Abam

11.Artis Versatil Popular
Abam - Ajak - Awie -Didie Alias - Ifa Raziah
Pemenang : Ifa Raziah

12.Penyampai Radio Popular
Abby Fana - Deen - Dj Lin - Feeya Iskandar - Fizie
Pemenang : DJ Lin

13. Pengacara TV Popular
Hazlin Hussein - Izreen Azminda - Neelofa - Sherry AlHadad - Wak Doyok
Pemenang : Neelofa

14.Aksi Artis Selfie Popular -  Saharul Ridzwan
15.Personaliti Media Sosial Popular - Lara Alana
16.Artis You Tube Popular - Siti Nordiana
17.Artis Ikon - Datuk Aznil HJ Nawawi
18.Artis Trending Popular - Ayda Jebat

Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman - Fauziah Dato' Ahmad Daud
Bintang Paling Popular -  Neelofa (Undian 200,000 ++)

Friday, May 6, 2016

Diva Pop Ziana Zain Pernah Rakam Lagu Rock

Peminat setia Diva Pop Malaysia, Ziana Zain mesti tahu yg Ziana pernah nyanyi lagu rock pada penghujung tahun 1999. Tajuk lagu tu ialah Hidup Selagi Hidup kolaborasi bersama Raja Rock Awie, Mus May & Moq Search. Vokal Diva Ziana mmg power gilew dan high note mabeles uolls. Lagu ni ada dalam album kompilasi Mega Rock Hebat yang dipasarkan pada 13 Disember 1999. Lagu Hidup Selagi Hidup ni ciptaan J.S Kevin dan pernah dirakam semula oleh kumpulan legenda Rock Malaysia XPDC pada tahun 2007 dengan tajuk berbeza iaitu Menentang Arus. Iollls attach video lagu utk tatapan semua. Dengarkan vokal Diva Pop Ziana Zain tarik nada tinggi utk lagu rock ni. Tak sabar lak rasa nak tgk persembahan duet Diva Ziana dengan Siti Nordiana kat ABPBH nanti. Pasti best uolls. 

Pic from Google Image


Ziana Zain, Awie, Mus, & Moq - Hidup Selagi Hidup
Credit Video to damienscar's channel.



Source : Rock News





Thursday, May 5, 2016

Asia's Next Top Model 2016 - Tuti Malaysia Antara Model Terbaik Asia

Episod semalam (4.5.2016/Wednesday) menyaksikan Tuti Malaysia terkeluar daripada Asia Next Top Model. Actually drpd awal season dah keluar rumours yg Tuti keluar minggu niey and nampaknya betul. To be honest, iolls rasa patut keluar semalam adalah Angie Singapore coz photo Angie nampak kurang memuaskan. Plus, ioolls rasa Julian Philipines patut dapat Best Photo semalam coz mmg pic Julian Philipines nampak outstanding sgt. Second best yg patut dapat ialah Patricia Indonesia. Rasanya semua peminat Asia Next Top Model tahu yg Tuti niey adalah model yg mempunyai style catwalk yg hebat di atas pentas runway dan juga dikenali dengan high fashion editorial style. Oleh itu, ioollss nak tepek pic photo yg hebat daripada Tuti sebagai tribute kepada Tuti Malaysia kerana menunjukkan Malaysia pun ada bakal Supermodel Asia yg hebat dan boleh ikut jejak Supermodel Malaysia yg lain seperti Ling Tang, Amber Chia, Tengku Azura, Nasha Aziz, Noorkumalasari, Sheena Liam, Josephine Tan dan ramai lagi. Good luck to Tuti. Okey uollls.

P/S: Tuti ni asal Kedah dan merupakan bekas graduan Diploma Pengurusan Maklumat, UiTM Segamat Johor. Budak library pun leh jadi supermodel uolls. Malatop giteww uoollss. Yezzzza.















All pictures from Andrewmodels website.
Source : Here
Source : Kosmo

Tuesday, May 3, 2016

Bulu Ayam Boleh Jadikan Manusia Awet Muda

Terkejut kan uolls. Iolls pun baru tahu yg bulu ayam ni boleh digunakan sebagai salah satu bahan utk krim antipenuaan. Menurut website Dewan Kosmik, bulu ayam mempunyai keratin yg istimewa kerana mengandungi jujukan asid amino. Dalam tesis Nurhamizah (2013), beliau ada mention yg bulu ayam mempunyai peratusan yang tinggi protein keratin dan boleh menjadi sumber protein yg sesuai. Maybe disebabkan inilah bulu ayam dijadikan sebagai salah satu bahan dalam proses pembuatan krim antipenuaan. Hebat kan sains teknologi sekarang. Rasa krim ni mesti laku coz ramai yg mahu kelihatan awet muda, takde garis halus  dan dapat kurangkan kedutan di muka. Bagus kan majalah & website Dewan Kosmik niey. Banyak info sc & teknologi leh kita baca from here. Okey uolls. Plus, iolls juga terjumpa tesis berkaitan kegunaan bulu ayam dalam krim anti penuaan. Link tesis itu ada di bawah. Okey uolls. 


Picture from Google Image. 



Sunday, May 1, 2016

Perpustakaan Awam Paling Cantik & Moden di Malaysia

Kalau di Universiti, Perpustakaan  Akademik adalah ibarat jantung universiti. Maka boleh kita simpulkan Perpustakaan Awam ni adalah jantung masyarakat kita. Secara umumnya, fungsi perpustakaan adalah menjadi tempat masyarakat atau pengguna perpustakaan utk mencari bahan maklumat, menambah ilmu pengetahuan dan sewaktu dengannya. Actually, iollls impress gilew ngan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Seksyen 13 Shah Alam Selangor kerana menjadi perpustakaan awam yg sgt cantik, urban, facilities unik dan mesra pengguna. Iollls pergi library ni pada tahun 2012 dan skang ia tetap maintain cantik sampai skang. Jom kita tgk apa keunikan perpustakaan niey uollls.


Ruang Bacaan Perpustakaan Menarik, Selesa dan Unik
Target audience utk pengguna perpustakaan mmg betul2x meliputi semua level masyarakat daripada kanak2x, remaja, dewasa dan rujukan ilmiah. Iollls paling suka ruang study ala kat rumah dengan sofanya, pokok besar yg pasti menarik perhatian kanak2x utk datang library, kerusi futuristik,ada eskalator, ada lif, signage senang utk difahami dan banyak lagi uoolls. Nak baca sambil meniarap, sambil baring, semua pun boleh uolls. Iolls selalu gak dtg sini wat asignment ngan member dulu uolls, Yes, mmg selesa sangat. Hihi. 







Tak Perlu Pakai Kasut/Sandal Nak Masuk Ke Dalam Library
Masa 1st time iolls datang ke library, iollls terkejut yg pengguna kena buka kasut/sandal utk masuk ke ruang perpustakaan dan simpan dalam beg kasut yang disediakan. To be honest, rasa betul2x selesa bila bergerak tanpa kasut dalam library. 

Signage utk simpan kasut/sandal

 Mini Gymnasium
Kalau nak datang exercise pun boleh, Mini gymnasium ni mmg sesuai utk exercise light light jew bagi menyegarkan badan. Kalu walk in kena caj RM5 utk 3 jam. Selain tu ada juga Shower Room, Locker Room dan Changing Room utk pengguna gym.

Pic from PPAS website. 


Teater XD 6D/3D
Rasanya library ni jew yang ada teater 6D dan 3D sekali. Iollls pernah tgk teater 6D masa lawatan kerja tahun 2012 dulu. Siyes, mmg best gileww. Rasa macam real pun ada. Dengan kerusi teater bergerak sekali dengan bunyi effect khas superb, mmg best la uollls. 

Teater 6D


Teater 3D


Multimedia, Soket & WiFi 
Ni mmg penting bg membolehkan pengguna mengakses internet dan mengunakan kemudahan digital di perpustakaan.

PC utk kegunaan pengguna perpustakaan

Kafetaria 
Tempat makan sini mmg cantik, bersih dan selesa, Harga makan pun okey. Kalu lapar lepas study or exercise, leh lepak jap makan sini. hihi.



Rumah Ngaji@PPAS
Kalu rasa nak belajar dan memahami Al-Quran kat dalam library, di sini la tempatnya. Mmg selesa dan tenang jew kalu nak ngaji kat sini. 


Kemudahan OKU (Penglihatan)
Turut disediakan kemudahan utk pengguna OKU yg menghadapi masalah penglihatan. Ada buku braille dan bilik khas utk pengguna OKU utk menggunakan kemudahan ini. 



Ada banyak lagi kemudahan disediakan uolls. Jadi iolls cadangkan datang la beramai2x ke PPAS dan explore segala kemudahan ni demi manfaat bersama. Okey uolls. Peace yawww. 
Waktu Pembukaan PPAS adalah seperti di bawah, 


All pictures from PPAS website PPAS










Perlis - Fakta Ringkas, Menarik & Unik.

Negeri Perlis terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Terdapat banyak perkara menarik dan unik yg boleh kita tahu mengenai negeri Perlis. Iolls dulu belajar kat UiTM Perlis dan mmg banyak kenangan manis di sini. 

Perlis Sinonim Dengan - Mempelam Harumanis 
Bila sebut Perlis mesti teringat mempelam harumanis. Siyes, mmg sedap gileww uolls. Ia dipanggil harumanis coz ia mengeluarkan aroma yg harum dan rasanya of coz manis. Harga harumanis juga mahal coz permintaan terhadap buah semakin meningkat dan proses penanaman pokok buah ni perlukan perjagaan yg sgt teliti. Iollls pernah gi ke ladang buah mempelam harumanis ni kat Perlis. Mmg ramai yg datang ke sini datang beli buah ni. 


Artis Popular Perlis
Paling peymes skang ialah Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Allahyarham Pak Yus Jambu, Ketiga2x mmg sgt hebat dalam bidang masing2x. Secara kebetulan ketiga-tiga pernah masuk pertandingan bakat hiburan seperti Rita & Izreen (Dewi Remaja) & arwah Pak Yus (Raja Lawak). 


Rita Rudaini

Izreen Azminda

Allahyarham Yus Jambu

Seni Kebudayaan Perlis 
Rasanya semua tahu kan yang tarian Canggung berasal daripada Perlis. Lagu Ala Canggung, makcik pakcik canggung, canggung canggung la li la leh. Cam2 la lirik lagu dia, Perkataan Canggung berasal daripada perkataan Thai iaitu Tanggung yg bermaksud menari. Baru tadi duk google uolls. hihi. Jom layan Tarian Ala Canggung UiTM Perlis. 

 
Credit to Afif Afandi Amran


Makanan Popular Perlis 
Masa iollls belajar kat Perlis dulu, iolls selalu juga makan laksa perlis, Sedap uolls. Pulut mangga perlis pun sedap uolls. Mmmg sinonim ngan makanan favourite Perlis la.

Pulut Mangga 

Laksa Perlis


Tempat Menarik Perlis
Selain harumanis, Perlis juga sangat terkenal dengan pusat beli belah Padang Besar, makanan laut Kuala Perlis, ladang tebu yg pemandangan ala ala luar negara gitewww, Wang Kelian, Gua Kelam, Taman Herba Perlis dan banyak lagi. 

Ladang Tebu Chuping Perlis

Ladang Tebu Chuping Perlis

Kompleks Membeli Belah Padang Besar 

Kuala Perlis

 All pictures from Google Images. 






Powered by Blogger.